07 September, 2008

Apa khabar staf MOU?

Apa khabar warga Mindef (Staf MOU)?. Mana pergi budak-budak jahat dan nakal ni...Che Wan, Zaidi, Sultan Muzafa, Li Odong, Azam, Kimi. Bulat, Safri, Zaidi, Lan, Idris, Michael, dan yang ada 'nasi lemak' Su, Mek, Fatimah, Sarina...mungkin korang sibuk gila babi sampai dah lupa kat aku...tapi tak apa, aku faham kalau di bulan puasa ni masuk pukul 11 pagi je mata dah kecik...jam 12 tengahari buat lawatan sosial kat kafeteria di bawah. 'Recce' air wangi, serunding, VCD alam barzakh, kek, gulai kawah lepas tu naik semula ke atas kat office..kalau yang pompuan pulak dapat 'dismiss' awal jam 3.30 untuk masak berbuka puasa. Padahal tak masak pun...'on the way' balik singgah kat bazar ramadhan beli lauk pas tu LENA!. Apa yang menyeronokkan semasa di sana ialah ada 'waktu'nya berbuka puasa di hotel-hotel sekitar Lembah Klang. Lembah Kinta dan Lembah Belum tak buat lagi. Tapi mengikut firasat aku setelah berbincang dengan persatuan bomoh-bomoh, pakar ekonomi Bank Negara, mungkin tahun ni aktiviti berbuka puasa di hotel kurang sikit...atau....mungkin lagi banyak kot. Aku kat sini mana ada hotel yang mewah-mewah...kat KL hotel sampai 30 tingkat, kat sini hotel paling tinggi pun 3 tingkat. Selamat berpuasa beb!

Selamat berpuasa kekawan di K.L

Salam dari aku buat semua. Selamat menyambut ramadhan dengan penuh ketakwaan. Teringat jugak masa tinggal di Kuarters ATM Setiawangsa bila sambut ramadhan. Sibuk bila tiba giliran moreh untuk majlis sembahyang tarawih. Member-member seperti Abang Hanif, Ku Bahador, Halim, Bad, Bajuri, Pak Ya, Yusof dan lain-lain pasti ada...yang ada dan kadang-kadang tak ada adalah aku...lepas je tarawih kena teh tarik kat AU2 Keramat pulak. Bila tinggal di Besut ni, Huhhhh...member-member pun dah separuh abad. Kedai kopi ada tapi penuh dengan orang-orang tua yang 'mood'nya lain...sikit-sikit cerita pasal pokok getah, sikit-sikit cerita pasal lembu kaki patah...kalau dengan geng-geng di atas, pasti topik menarik. Cerita pasal politik, saham berjuta-juta, nombor ekor yang 'miss' satu mata dan pasal pompuan selak kain pun ada....meriah sungguh..

Antara KL dan Besut

Selama hampir 8 tahun tinggal di K.L (Jan 2000 - Apr 2008), banyak karenah serta gaya hidup yang berbeza jika dibandingkan tinggal di sini (Besut). Antara yang paling ketara adalah kos sara hidup. Sapa kata kos sara hidup kat kampung murah memang 'bangang' la...Itu cerita dulu...zaman Hail Amir dan Uji Rashid....ni zaman serba canggih dah berubah beb!. Di Besut ni jika dibandingkan dengan daerah jiran Pasir Puteh pun dan berbeza kos sara hidup. Kalau di KL ayam tanpa kepala dan kaki RM5.00 sekilo dan kadang-kadang di pasar raya lebih murah lagi tetapi kat sini RM6.70 sekilo. Harga pasar raya dengan harga pasar beratap zink pun sama....tu yang paling murah! Ikan? tak usah cerita la....tambah-tambah bulan puasa ni. Kembung mata merah, perut bocor sebelah pun di jual RM10.00 sekilo. Udang, Ketam, jangan nak berangan la...hingga ke satu tahap terfikir aku nak makan kumbang, lipan...Barang-barang keperluan lain pun sama juga seperti sayur, bawang, gandum, gula, beras, susu, buah-buahan...ishhhh dah macam KPDNHEP nak aku list pulak...Kalau setakat buah durian, rambutan memang la murah, tapi hari-hari ke aku nak makan benda tu? Dah la aku ni kekurangan zat...