25 September, 2009

Pesawat Pejuang - Rafale

Merujuk berita pada hari ini (25-09-2009) - Dua buah jet pejuang Rafale yang sedang dalam penerbangan ujian dari kapal pengangkut Charles de Gaulle Perancis terhempas di Laut Mediterranean. Berikut adalah sedikit info tentang pesawat tersebut. Pesawat Dassault Rafale adalah sebuah pesawat pejuang pelbagai peranan (multi-role) generasi ke-4.5 tahun yang direka dan dibina oleh Dassault Aviation, Perancis. Konsepnya lebih kurang sama dengan Eurofighter Typoon. Digunakan secara meluas oleh Tentera Udara dan Laut Perancis. Pembinaan asalnya bermula pada tahun 1970-an. Penerbangan sulung telah dilakukan pada 4 Julai 1986 dan mula diperkenalkan pada 4 Disember 2000. Berbagai versi telah dikeluarkan yang mana protoaip Rafale A dikeluarkan pada akhir tahun 1985 dan telah dihentikan sekarang. Selainnya versi B (Biplace- 2 tempat duduk)), C (Chasseur- kerusi tunggal), D (discret- diam-diam) dan M (Marine- mirip versi C) dan N (awalnya disebut Rafale BM). Kos seunit pesawat ini pada tahun 2008 ialah lebih kurang US $82.3 juta bagi Versi C manakalan Versi M ialah US $90.5 juta. Bagi versi C, ianya digunakan oleh Tentera Udara Perancis manakala versi M oleh Tentera Laut. Ringkasan spesifikasi: Krew: 1-2 orang, panjang: 15.27m, Lebar sayap 10.80m, Tinggi 5.34m, kelajuan maksima: 2 Mach, jarak penerbangan +3, 700 km, Persenjataan: 1 x 30mm (1.18 in) dengan 125 butir peluru meriam 719B, misil udara ke udara (MICA IR. AIM-9 sidewinder, AIM-132 ASRAAM, AIM-120 AMRAAM, Magic ll) Udara ke bumi (MBDA Apache/Scalp EG/AASM/GBU-12 Paveway/AM 39 Exocet/ ASMP- rudal nuklear. Enjin General Electric F404-GE-400.

19 September, 2009

Salam Aidilfitri 1430h

Kepada pengunjung,sahabat, rakan blogger, intake 13 RMAF members dan follower blog perwiraangkasa..

Ramadhan kini makin di hujung pintu, Jika Allah berkehendak Insya Allah kita kan menemui Ramadhan penuh barokah.Semoga Gelar taqwa Insya Allah akan menjadi milik kita yang berharga sebagai modal langkah kita selanjutnya. Salah faham, kesedihan, ego, sakti, adalah proses dari kehidupan kita

Tapi Allah membuatnya dengan sangat sempurna, tidak ada yang sia - sia dari apa yang sudah Allah kemas dengan baik dalam bingkai rumah kehidupan kita. Tidak ada yang lebih mulia pada hari dimana semua malaikat memanjatkan doa, dimana tidak ada kegiatan baik yang tidak dilipat gandakan amalannya oleh Allah.

Dengan segala kekurangan dan kerendahan hati serta keikhlasan dengan semua kekhilafan dan kelalaian yang pernah saya lakukan baik secara langsung maupun lewat dunia maya, Jauh di dalam hati yang senantiasa di dalam genggaman Allah,

" Marhabban Ya Ramadhan,
&
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Mohon Maaf Zahir dan Batin. "

10 September, 2009

'Ganyang Malaysia' pada fikiran aku...


Kali ni aku nak menulis sikit sebab semalam aku tertelan garam dan garam tu telah menyeksakan aku hingga aku terasa sedikit geram...Bab kali ni aku nak luahkan cerita tentang akhir-akhir ini media cetak dan elektronik menyentuh tentang hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia terjejas ekoran berbagai isu dari Pulau Sipadan, Blok Ambalat, Batik, Lagu Negaraku, dan yang terbaru tarian pendet.Aku rasa media di sana suka sangat memprovokasikan segala macam isu jika melibatkan Malaysia. Remeh!. Aku pun tak tahu sangat tarian menatang apa ni. Aku 'search' dalam Wikipedia tarian ni melambangkan penyambutan atas turunnya dewata ke alam dunia. Hebat bukan!. Senang cerita aku cakap persembahan dalam bentuk tarian upacara. Tak paham jugak? Susah jugak aku nak jelaskan kecuali dalam bahasa ibunda aku 'dok tahu gapo satu'!.

Sensasinya berita ni sampai rakyat dia orang dah keluarkan 'slogan haram bejadah 'GANYANG MALAYSIA'. Apa tu Ganyang?..Serang? Musnahkan?...fuhh! ganas lagi bunyinya pak!. Perlu diingat, kita ni dah banyak sangat membantu dia orang terutama masa Tsunami di Acheh dulu. Derma pakaian, makanan, duit dan macam-macam lagi. Sampai aku sendiri pun kena 3 hari dok asingkan pakaian dan kelengkapan lain masa di K.L dulu semata-mata hendak memberi yang terbaik kat dia orang. Membantu katakan...Aku bukannya nak mengungkit sangat tapi dia orang ni tak sedar ke dengan bantuan dari Kerajaan kita. Cuba kita kira berapa ramai Indon (boleh ke aku panggil Indon?..) bekerja tempat kita. Dari pelbagai sektor ada je muka dia orang. Jiran aku dulu pun pekerjanya Indon. Kat pasar Keramat, aku rasa dah macam aku ni di'ghaib'kan di tanah Jawa. Yang terbaru pulak dia orang nak mintak naikkan gaji kepada $800. Munasabah ke? Petang tadi aku tengok iklan kerja kosong di sebuah pasar raya - pekeja diperlukan. Perempuan gaji $500, Lelaki $550. Itu rakyat kita sendiri termasuk overtime!!!. Cisss!! Demand lebih pulak.

Bukan aku nak laga-lagakan mana-mana negara. Jangan salah sangka semua bangsa dalam dunia termasuk aku dan yang baca artikel ni datang dari mana? Asalnya tiada budaya tetapi peredaran masa dan budaya yang dihijrah. Bila aku selidik di internet, Wayang Kulit ada di Turki, India dan Thailand (aku suka guna nama Siam), Kuda Kepang asalnya dari tanah besar Arab…Jahpin dari Arab….manakala Keris telah lama wujud di seluruh Nusantara dari Tanah Arab…Benda-benda ni bukannya dari dia orang. Yang dok sibuk kilat sambar menyambar ditambah dengan ribut aku sendiri pun tak paham. Tanya diri kembali adakah dangdut itu asal dari Indonesia atau Irama Hindustani yang dicuri ketika tahun akhir 60an waktu filem hindustani top zamannya di Malaysia dan Indonesia. Semua ni pengaruh budaya la...Turki, Arab, India tak ada pun nak bising-bising...Kalau tak silap aku, statistik jenayah kat Malaysia ni 70% datangnya dari warga Indonesia. tapi tak ada pulak kita nak huru-harakan rakyat dia orang. Ahhh...malas aku nak cakap lebih-lebih, aku dah menyampah! Itu belum aku sentuh bab bakar bendera kita...hati aku ni macam dicincang-cincang...pedih!. Apa pun seminggu dua ni aku memekakkan telinga, memejamkan mata tak nak dengar radio dan TV sebab banyak sangat bahasa Indon...bercakap jangan ikut emosi...sekali lagi aku nak ingatkan, bukan aku nak laga-lagakan mana-mana negara. Yang terbaik cuba bawa berbincang apa yang tak kena...Lu fikirlah sendiri....

07 September, 2009

Carta Kelahiran Kuno

Bagi mereka yang teringin untuk mendapatkan anak lelaki/perempuan, apa kata cuba untuk membuat perancangan seperti jadual di bawah. Carta kelahiran ini aku salin semula dari majalah wanita beberapa tahun lalu dan aku pun dah lupa keluaran bila. Seingat aku carta ini 90% tepat! Mudah saja untuk menghitungnya. Lihat Carta di bawah (P- Perempuan L- Lelaki). Contoh: Jika isteri anda sekarang berumur 29 tahun, dan dijangka bersalin pada bulan Nov, kemungkinan besar anda akan menimang cahayamata perempuan. Jadi untuk mendapatkan anak lelaki, pandai-pandailah 'bersama' isteri anda dan membuat perancangan agar isteri anda bersalin antara bulan Mei - Sept kerana bulan tersebut kemungkinan besar untuk mendapatkan anak lelaki adalah lebih cerah. Untuk pengetahuan pembaca semua, secara kebetulan jadual di bawah tepat bagi kesemua anakku. Jangan terlalu percaya sangat kerana semua urusan dari yang Maha Esa. Klik imej untuk lebih jelas.

02 September, 2009

Proton Exora - Prime

Nampak ganazzz dan cun sikit. Rasa berkenan jugak..Lagi gambar lihat di sini

01 September, 2009

3 dari 10 gambar terbaik di dunia pilihan aku

Gambar yang dirakam oleh Frank Fournier buat aku rasa sedih jugak. Omayra Sánchez adalah salah seorang mangsa korban Gunung Berapi Nevado del Ruiz (Colombia) yang meragut 25,000 nyawa pada 14 Nov 1985. Gadis berusia 13 tahun ini terperangkap di dalam air dan konkrit selama 3 hari. Foto ini telah diedarkan ke seluruh dunia dan diambil sebelum dia meninggal dunia. Ia menimbulkan kontroversi karya fotograf dan kerajaan Colombia sendiri kerana tidak bertindak disebalik tragedi kematian gadis muda tersebut. Kisah selanjutnya anda boleh lihat di youtube: klik sini.


Gambar ni pun menyentuh hati jugak..Agaknya anda dapat mengagak di negara mana ia berlaku. Kampung aku tak ada lagi ke tahap cam ni...Nama foto ni "Pulitzer Prize" diambil pada tahun 1994 di Sudan. Sebenarnya gambar tersebut menunjukkan budak ini sedang merangkak ke kem pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang terletak satu kilometer jaraknya. Burung pemakan mangsa kalau di kampung aku dipanggil burung 'reng' sedang menunggu untuk 'meratah' sehingga budak tersebut mati. Gambar ini juga telah mengejutkan dunia. Tak ada seorang pun tahu apa yang akan terjadi pada budak itu termasuk jurufoto Kevin Carter yang meninggalkan terus tempat kejadian tersebut.



Pernah tengok gambar ni? Pada mulanya mati-mati aku ingat ni gambar grafik atau di 'edit' untuk wallpaper Windows XP. Sebenarnya tempat ini wujud dan diberi nama 'Bliss''(kebahagian) iaitu landskap di Napa Conty, California. Sebelah timur Sonoma Valley. Gambar diambil pada Mei 1979 untuk artkel National Geogrphic Magazine Napa, Valley of the Vine. Foto ini dirakam oleh jurufoto profesional Charles O'Rear, penduduk St Helena di Napa County untuk syarikat digital Design High Turn. Foto ini digunakan sebagai wallpaper komputer standard untuk "Luna" tema windows XP. Kesemua gambar di atas boleh anda dapati di sini