09 November, 2011

'Facebook' Google

Google telah menyediakan fan page seperti facebook di Google+ (lihat sudut atas kiri bar). Aku pun dah registered dan sudah mencuba beberapa fungsinya dan ternyata ianya lebih kurang sama dengan facebook.
Untuk anda mendapatkannya pula mudah. Pastikan anda sudah mempunyai akaun Google+. Pergi ke halaman mencipta akaun dan pilih kategori anda. Kemudian isikan maklumat dan cipta akaun. Anda kini boleh mengubah page tersebut mengikut kehendak anda.


Telefon Konsep Nokia?

Canggih! Telefon pintar konsep baru ini diberi nama Nokia HumanForm ataupun Nokia Twist. Ianya fleksibel. Lihat Gambar dan video dibawah :

08 November, 2011

Fikirkanlah wahai bangsa dan agamaku...

Tuntuan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos  2001


1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.



Siapa terlibat?...sumber di sini

02 November, 2011

Terima kasih Air force

Terima kasih TUDM. Itu adalah ungkapan yang mampu ku luahkan. Sepanjang perkhidmatan ku selama 22 tahun dan akan menamatkannya pada Julai 2012 berbagai pengalaman telah ku lalui sepanjang perkhidmatanku. Mengajar aku erti kehidupan sebenar, mengajar aku erti ketabahan dan membentuk diriku mejadi seorang yang sempurna dalam kehidupanku. Allah telah menentukan segalanya sehingga aku berdiri segagah ini...terima kasih segalanya...