31 Mac, 2012

Gadjet - Asus Padfone

Ini adalah smartfon terbaru Android yang ‘transform’ ke tablet nipis. Asus Padfon, akan dilancarkan pada Feb 2012 setelah diperkenalkan pertama kali pada Oktober 2011, harga Asus Padfone di Malaysia masih lagi misteri dan dijangka akan tiba pada May 2012. Ia adalah gabungan smartfon Android 4 Ice Cream Sandwich dengan tablet. Keunikan teknologi Asus Padfone kelihatan pada ciri gabungan smartfon Android dengan tablet di mana smartfon tersebut akan dimasukkan ke sebuah slot khas di bahagian belakang tablet, apabila tablet dihidupkan, skrin tablet itu memaparkan kandungan data yang sama di dalam memori telefon, bahkan boleh menghantar sms!.Hebat!
 Idea pada peranti ini adalah menggabungkan dua alat jadi satu di mana kedua-duanya berkongsi memori, sistem operasi, setting dan keupayaan membuat sambungan ke internet yang sama. Ini teknologi baru, bahkan ideanya lain dari teknologi pada Samsung Galaxy Note yang kini dipanggil sebagai telefon hybrid gabungan ciri tablet dicampur smartfon. Senang cakap, bayangkan saja iPhone 4S Anda boleh dimasukkan ke dalam iPad 2, kemudian boleh buat panggilan, menghantar sms, tangkap gambar, rakam video atau menghantar mms hanya dari iPad. Begitulah Asus Padfone.

Satu lagi, penutup slot yang memuatkan smartfon itu berisiko untuk patah terutama apabila dimasukkan mahupun dikeluarkan dengan kelam-kabut. Pasti tablet itu tidak berguna apabila smartfon tidak ada dimasukkan ke dalamnya, sekilas pandang kita sudah nampak kedua-duanya tidak dapat digunakan berasingan. Andai kata tablet boleh dihidupkan secara berasingan pun, pasti ia kosong kerana smartfon bertindak sebagai ‘otak’ kepada tablet tersebut.

Mengenai spesifikasi hardwarenya, Asus Padfone memiliki skrin dengan saiz 4.3 inci, manakala tabletnya pula bersaiz 10.1 inci, prosesor dari jenis Dual Core 1.5GHz  Krait CPU dengan chipset Qualcomm Snapdragon S4. RAM sebanyak 1GB, kamera belakang berkapasiti 5 megapiksel dan ruang storan untuk kad MicroSD sehingga 32G.