Memaparkan catatan dengan label Peribadi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peribadi. Papar semua catatan

02 Disember, 2011

Gaji baru tentera?

'Radio Karat'? Sumber ni aku dapat dari facebook seorang anggota tentera dan tidak pasti samada benar atau tidak. Hanya sebagai rujukan...


pw1 band 3, p1t1 = 3290 p1t15 = 5810 kenaikan tahunan 180
pw1 band 4, p1t1 = 3390 p1t15 = 5915 kenaikan tahunan 180
pw1 band 5, p1t1 = 3500 p1t15 = 6020 kenaikan tahunan 180

pw2 band 3, p1t1 = 2695 p1t16 = 5245 kenaikan tahunan 170
pw2 band 4, p1t1 = 2790 p1t16 = 5340 kenaikan tahunan 170
pw2 band 5, p1t1 = 2885 p1t16 = 5435 kenaikan tahunan 170

ssjn band 3, p1t1 = 2015 p1t18 = 4735 kenaikan tahunan 160
ssjn band 4, p1t1 = 2100 p1t18 = 4820 kenaikan tahunan 160
ssjn band 5, p1t1 = 2185 p1t18 = 4905 kenaikan tahunan 160

sjn band 3, p1t1 = 1645 p1t20 = 4420 kenaikan tahunan 145
sjn band 4, p1t1 = 1720 p1t20 = 4495 kenaikan tahunan 145
sjn band 5, p1t1 = 1795 p1t20 = 4570 kenaikan tahunan 145

02 November, 2011

Terima kasih Air force

Terima kasih TUDM. Itu adalah ungkapan yang mampu ku luahkan. Sepanjang perkhidmatan ku selama 22 tahun dan akan menamatkannya pada Julai 2012 berbagai pengalaman telah ku lalui sepanjang perkhidmatanku. Mengajar aku erti kehidupan sebenar, mengajar aku erti ketabahan dan membentuk diriku mejadi seorang yang sempurna dalam kehidupanku. Allah telah menentukan segalanya sehingga aku berdiri segagah ini...terima kasih segalanya...

19 Januari, 2010

Yang aku suka dan tak suka

Jumaat lepas aku menaiki bas ke K.L seorang diri melawat anak saudara (baby 4 month) yg menghidap leukimia di Pediatrik, HKL. Tibanya aku di sana lebih kurang pukul 5 pagi. Oleh kerana perut terasa lapar maka aku singgah di medan selera berhampiran HKL. Sambil menjenguk-jenguk pilihan makanan pelayan indon pun bersuara,"makan sayang"...ayat yang paling aku SUKA, terus aku makan!...Pada malamnya pula, sementara menunggu bas yang dijadualkan pukul 9 malam KL-Jerteh, perutku terasa lapar lagi. Terus aku naik ke tingkat atas hentian putra untuk melihat-lihat makanan bagi mengisi 'kekeroncongan' perutku. Terdengarlah suara perempuan muda..."makan pak cik"...jiwa aku tiba-tiba memberontak kerana ayat itu cukup-cukup buat aku TAK SUKA...aku tak jadi makan!
Moral: Pertama sekali betapa pandainya orang indon melayan pelanggan berbanding orang kita. Yang kedua...aku ni dah berumur bro..39 tahun..(hu..hu...).