20 Ogos, 2009

Taklimat H1N1- pdf file

Wabak yang menggemparkan seluruh dunia H1N1 (Selsema Babi). Aku dah lupa dari mana aku dapat sumber ni...so, kepada sesiapa yang berminat untuk melihatnya boleh downloadkan di sini ...ada masa aku uploadkan selsema B1N1....marah bini beb!

Jangan buat cam tu doktor...(Klik imej)

Fadilat Sunat Tarawih?

Semalam aku ada mengikuti sesi ceramah diambang ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Wan Ahmad Hasbi dari Jabatan Pendidikan Islam Terengganu. Apa yang menarik perhatian aku ialah pernahkah selama ini kita diedarkan surat mengenai fadilat sunat tarawih?. Maksud aku jika kita menunaikan sembahyang sunat tarawih pada malam pertama,maka keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah. Malam kedua diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman)dan begitulah seterusnya. Aku pun musykil juga bahawa ustaz mengatakan bahawa kepercayaan itu adalah TIDAK BENAR dan tiada fakta yang menyokong kebenaran itu...bagaimana pendapat anda?. Walau bagaimanapun, kita tetap ke masjid/surau untuk menunaikannya...Selamat Berpuasa.

13 Ogos, 2009

Blog Khas Intake 13

Lama juga aku tak update blog ni disebabkan kesibukan. Masa dan keadaan tidak mengizinkan. Jadi kali ini aku ingin berkongsi dengan kawan-kawan terutama anggota-anggota TUDM intake 13, agar membantu sahabat kita (Admin force13) dalam memeriahkan lagi blog beliau. Sila klik sini http://www.force13.blogspot.com untuk maklumat lanjut. Disamping itu juga kita boleh terus berhubung dengan kawan-kawan kita untuk menyalurkan maklumat-maklumat atau peluang-peluang yang ada 'di luar' sana terutama yang dah berhenti seperti saudara kita Syaiful. Maklumlah, intake 13 ni dah nak pencen...ada 2-3 tahun lagi kerja. Buat Admin force13 aku harap sentiasa kemaskinikan blog. Kumpulkan maklumat, hebahkan pada semua sahabat.Tahniah Skot!

25 Februari, 2009

Perisikan Israel (Perang Arab - Israel)

Perisikan Israel (Mossad) adalah merupakan agen perisikan terbaik di dunia selain KGB-Rusia, CIA-Amerika dan M16-Britain. Berdasarkan sejarah pada Jun 1967, Angkatan Tentara Arab yang terdiri dari Syiria, Mesir dan Jordan telah bergabung dengan kekuatan melebihi 100,000 orang untuk menyerang Israel serta disokong oleh Kesatuan Soviet. Manakala pihak tentera Israel ketika itu tidak sampai separuh dari gabungan tersebut. Dari segi teknologi, Israel jauh ketinggalan dari tentera gabungan. Mesir memiliki pesawat MiG-21 yang merupakan pesawat tercanggih ketika itu manakala Israel memiliki pesawat pejuang Mirage IIIC buatan perancis yang mana teknologinya 7 tahun ketinggalan dengan pesawat pejuang Mesir. Kelicikan agen perisikan Israel mengumpulkan maklumat, MiG 21 Mesir tidak sempat terbang untuk menyerang Israel kerana tepat jam 8.07 minit pagi ketika semua juruterbang menikmati sarapan pagi, pihak Israel telah mengebom lapangan terbang milik tentera Mesir serta tempat penyimpanan pesawat. Peperangan tersebut memakan masa selama 6 hari yang mana Israel telah meluaskan wilayahnya tiga kali ganda.






Yang terpilih: Pose terbaik dari adik ku (Che Ngah) - Bila nak balik? Abang mu merindui mu dan Che Su (Si budak Hitam), Lain-lain gambar: anak-anak ku - Wan. Siti Aisyah, Wan Siti Hajar, Wan Nur Annissa' dan Wan Mu'ammar. Klik imej untuk pembesaran..

Sepandai-pandai tupai melompat...

Khabar yang kurang enak didengar. Betul ke?. Kisah berlaku di tempat kediaman lama ku di Pangsapuri Setiawangsa. Si A ni memang tak dapat dinafikan tabiatnya suka mengendap. Tak kira lah isteri orang apatah lagi anak dara orang. Aku cukup yakin dengan penglibatannya. Sebab yang pertama ialah dia jiran aku dan family aku pun dah jadi mangsa 'pengendapannya'. Tapi tak lah sampai masuk ke dalam rumah seperti mana berlaku baru-baru ini...(tak tau la kalau isteri aku diam je...jahanam beb!). Dan, aku pun memiliki rahsia-rahsianya yang tak perlu aku jelaskan di sini. Aku pun pernah terserempak dengan si A ni sedang mengendap beberapa kali dan aku pun ada saksi-saksi yang mengukuhkan dakwaan aku ni. Licik juga si A ni bila ditanya buat apa? Lantas jawapan dia..."aku nampak ada orang buang kertas"..."aku cari kucing"....Fuhh! bukan main terror lagi jawapan dia...tapi sehebat mana pun alasan kalau dah tabiat memang susah nak diubah. Dengar cerita baru-baru ni kantoi kena tangkap!. Bak kata pepatah bapak aku, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya masuk Lokap!...kepada LUK Akmar, sabar je la...cium isteri banyak-banyak di waktu pagi...Best tau...!


24 Februari, 2009

Phase 1 Completed!

Ribuan terima kasih diucapkan pada sahabat-sahabat di K.L terutama Ku (JTMK), 'Mie Pop Corn' di atas 'sumbangan' yang tak ternilai. Fasa pertama lengkap dan tepat 100%. Menunggu fasa kedua pulak...Tahniah buat sahabatku Halim di atas kelahiran cahaya mata baru. Tambah lagi strenght dalam family...Bagi la ruang buat isteri rehat sekejap. Jangan main redah je...apa pun rezeki masing-masing. Bila nak datang ke Terengganu. Jalang-jalang cari makang!!! (slanga Terengganu).

07 September, 2008

Apa khabar staf MOU?

Apa khabar warga Mindef (Staf MOU)?. Mana pergi budak-budak jahat dan nakal ni...Che Wan, Zaidi, Sultan Muzafa, Li Odong, Azam, Kimi. Bulat, Safri, Zaidi, Lan, Idris, Michael, dan yang ada 'nasi lemak' Su, Mek, Fatimah, Sarina...mungkin korang sibuk gila babi sampai dah lupa kat aku...tapi tak apa, aku faham kalau di bulan puasa ni masuk pukul 11 pagi je mata dah kecik...jam 12 tengahari buat lawatan sosial kat kafeteria di bawah. 'Recce' air wangi, serunding, VCD alam barzakh, kek, gulai kawah lepas tu naik semula ke atas kat office..kalau yang pompuan pulak dapat 'dismiss' awal jam 3.30 untuk masak berbuka puasa. Padahal tak masak pun...'on the way' balik singgah kat bazar ramadhan beli lauk pas tu LENA!. Apa yang menyeronokkan semasa di sana ialah ada 'waktu'nya berbuka puasa di hotel-hotel sekitar Lembah Klang. Lembah Kinta dan Lembah Belum tak buat lagi. Tapi mengikut firasat aku setelah berbincang dengan persatuan bomoh-bomoh, pakar ekonomi Bank Negara, mungkin tahun ni aktiviti berbuka puasa di hotel kurang sikit...atau....mungkin lagi banyak kot. Aku kat sini mana ada hotel yang mewah-mewah...kat KL hotel sampai 30 tingkat, kat sini hotel paling tinggi pun 3 tingkat. Selamat berpuasa beb!

Selamat berpuasa kekawan di K.L

Salam dari aku buat semua. Selamat menyambut ramadhan dengan penuh ketakwaan. Teringat jugak masa tinggal di Kuarters ATM Setiawangsa bila sambut ramadhan. Sibuk bila tiba giliran moreh untuk majlis sembahyang tarawih. Member-member seperti Abang Hanif, Ku Bahador, Halim, Bad, Bajuri, Pak Ya, Yusof dan lain-lain pasti ada...yang ada dan kadang-kadang tak ada adalah aku...lepas je tarawih kena teh tarik kat AU2 Keramat pulak. Bila tinggal di Besut ni, Huhhhh...member-member pun dah separuh abad. Kedai kopi ada tapi penuh dengan orang-orang tua yang 'mood'nya lain...sikit-sikit cerita pasal pokok getah, sikit-sikit cerita pasal lembu kaki patah...kalau dengan geng-geng di atas, pasti topik menarik. Cerita pasal politik, saham berjuta-juta, nombor ekor yang 'miss' satu mata dan pasal pompuan selak kain pun ada....meriah sungguh..

Antara KL dan Besut

Selama hampir 8 tahun tinggal di K.L (Jan 2000 - Apr 2008), banyak karenah serta gaya hidup yang berbeza jika dibandingkan tinggal di sini (Besut). Antara yang paling ketara adalah kos sara hidup. Sapa kata kos sara hidup kat kampung murah memang 'bangang' la...Itu cerita dulu...zaman Hail Amir dan Uji Rashid....ni zaman serba canggih dah berubah beb!. Di Besut ni jika dibandingkan dengan daerah jiran Pasir Puteh pun dan berbeza kos sara hidup. Kalau di KL ayam tanpa kepala dan kaki RM5.00 sekilo dan kadang-kadang di pasar raya lebih murah lagi tetapi kat sini RM6.70 sekilo. Harga pasar raya dengan harga pasar beratap zink pun sama....tu yang paling murah! Ikan? tak usah cerita la....tambah-tambah bulan puasa ni. Kembung mata merah, perut bocor sebelah pun di jual RM10.00 sekilo. Udang, Ketam, jangan nak berangan la...hingga ke satu tahap terfikir aku nak makan kumbang, lipan...Barang-barang keperluan lain pun sama juga seperti sayur, bawang, gandum, gula, beras, susu, buah-buahan...ishhhh dah macam KPDNHEP nak aku list pulak...Kalau setakat buah durian, rambutan memang la murah, tapi hari-hari ke aku nak makan benda tu? Dah la aku ni kekurangan zat...