10 September, 2009

'Ganyang Malaysia' pada fikiran aku...


Kali ni aku nak menulis sikit sebab semalam aku tertelan garam dan garam tu telah menyeksakan aku hingga aku terasa sedikit geram...Bab kali ni aku nak luahkan cerita tentang akhir-akhir ini media cetak dan elektronik menyentuh tentang hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia terjejas ekoran berbagai isu dari Pulau Sipadan, Blok Ambalat, Batik, Lagu Negaraku, dan yang terbaru tarian pendet.Aku rasa media di sana suka sangat memprovokasikan segala macam isu jika melibatkan Malaysia. Remeh!. Aku pun tak tahu sangat tarian menatang apa ni. Aku 'search' dalam Wikipedia tarian ni melambangkan penyambutan atas turunnya dewata ke alam dunia. Hebat bukan!. Senang cerita aku cakap persembahan dalam bentuk tarian upacara. Tak paham jugak? Susah jugak aku nak jelaskan kecuali dalam bahasa ibunda aku 'dok tahu gapo satu'!.

Sensasinya berita ni sampai rakyat dia orang dah keluarkan 'slogan haram bejadah 'GANYANG MALAYSIA'. Apa tu Ganyang?..Serang? Musnahkan?...fuhh! ganas lagi bunyinya pak!. Perlu diingat, kita ni dah banyak sangat membantu dia orang terutama masa Tsunami di Acheh dulu. Derma pakaian, makanan, duit dan macam-macam lagi. Sampai aku sendiri pun kena 3 hari dok asingkan pakaian dan kelengkapan lain masa di K.L dulu semata-mata hendak memberi yang terbaik kat dia orang. Membantu katakan...Aku bukannya nak mengungkit sangat tapi dia orang ni tak sedar ke dengan bantuan dari Kerajaan kita. Cuba kita kira berapa ramai Indon (boleh ke aku panggil Indon?..) bekerja tempat kita. Dari pelbagai sektor ada je muka dia orang. Jiran aku dulu pun pekerjanya Indon. Kat pasar Keramat, aku rasa dah macam aku ni di'ghaib'kan di tanah Jawa. Yang terbaru pulak dia orang nak mintak naikkan gaji kepada $800. Munasabah ke? Petang tadi aku tengok iklan kerja kosong di sebuah pasar raya - pekeja diperlukan. Perempuan gaji $500, Lelaki $550. Itu rakyat kita sendiri termasuk overtime!!!. Cisss!! Demand lebih pulak.

Bukan aku nak laga-lagakan mana-mana negara. Jangan salah sangka semua bangsa dalam dunia termasuk aku dan yang baca artikel ni datang dari mana? Asalnya tiada budaya tetapi peredaran masa dan budaya yang dihijrah. Bila aku selidik di internet, Wayang Kulit ada di Turki, India dan Thailand (aku suka guna nama Siam), Kuda Kepang asalnya dari tanah besar Arab…Jahpin dari Arab….manakala Keris telah lama wujud di seluruh Nusantara dari Tanah Arab…Benda-benda ni bukannya dari dia orang. Yang dok sibuk kilat sambar menyambar ditambah dengan ribut aku sendiri pun tak paham. Tanya diri kembali adakah dangdut itu asal dari Indonesia atau Irama Hindustani yang dicuri ketika tahun akhir 60an waktu filem hindustani top zamannya di Malaysia dan Indonesia. Semua ni pengaruh budaya la...Turki, Arab, India tak ada pun nak bising-bising...Kalau tak silap aku, statistik jenayah kat Malaysia ni 70% datangnya dari warga Indonesia. tapi tak ada pulak kita nak huru-harakan rakyat dia orang. Ahhh...malas aku nak cakap lebih-lebih, aku dah menyampah! Itu belum aku sentuh bab bakar bendera kita...hati aku ni macam dicincang-cincang...pedih!. Apa pun seminggu dua ni aku memekakkan telinga, memejamkan mata tak nak dengar radio dan TV sebab banyak sangat bahasa Indon...bercakap jangan ikut emosi...sekali lagi aku nak ingatkan, bukan aku nak laga-lagakan mana-mana negara. Yang terbaik cuba bawa berbincang apa yang tak kena...Lu fikirlah sendiri....

07 September, 2009

Carta Kelahiran Kuno

Bagi mereka yang teringin untuk mendapatkan anak lelaki/perempuan, apa kata cuba untuk membuat perancangan seperti jadual di bawah. Carta kelahiran ini aku salin semula dari majalah wanita beberapa tahun lalu dan aku pun dah lupa keluaran bila. Seingat aku carta ini 90% tepat! Mudah saja untuk menghitungnya. Lihat Carta di bawah (P- Perempuan L- Lelaki). Contoh: Jika isteri anda sekarang berumur 29 tahun, dan dijangka bersalin pada bulan Nov, kemungkinan besar anda akan menimang cahayamata perempuan. Jadi untuk mendapatkan anak lelaki, pandai-pandailah 'bersama' isteri anda dan membuat perancangan agar isteri anda bersalin antara bulan Mei - Sept kerana bulan tersebut kemungkinan besar untuk mendapatkan anak lelaki adalah lebih cerah. Untuk pengetahuan pembaca semua, secara kebetulan jadual di bawah tepat bagi kesemua anakku. Jangan terlalu percaya sangat kerana semua urusan dari yang Maha Esa. Klik imej untuk lebih jelas.

02 September, 2009

Proton Exora - Prime

Nampak ganazzz dan cun sikit. Rasa berkenan jugak..Lagi gambar lihat di sini

01 September, 2009

3 dari 10 gambar terbaik di dunia pilihan aku

Gambar yang dirakam oleh Frank Fournier buat aku rasa sedih jugak. Omayra Sánchez adalah salah seorang mangsa korban Gunung Berapi Nevado del Ruiz (Colombia) yang meragut 25,000 nyawa pada 14 Nov 1985. Gadis berusia 13 tahun ini terperangkap di dalam air dan konkrit selama 3 hari. Foto ini telah diedarkan ke seluruh dunia dan diambil sebelum dia meninggal dunia. Ia menimbulkan kontroversi karya fotograf dan kerajaan Colombia sendiri kerana tidak bertindak disebalik tragedi kematian gadis muda tersebut. Kisah selanjutnya anda boleh lihat di youtube: klik sini.


Gambar ni pun menyentuh hati jugak..Agaknya anda dapat mengagak di negara mana ia berlaku. Kampung aku tak ada lagi ke tahap cam ni...Nama foto ni "Pulitzer Prize" diambil pada tahun 1994 di Sudan. Sebenarnya gambar tersebut menunjukkan budak ini sedang merangkak ke kem pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang terletak satu kilometer jaraknya. Burung pemakan mangsa kalau di kampung aku dipanggil burung 'reng' sedang menunggu untuk 'meratah' sehingga budak tersebut mati. Gambar ini juga telah mengejutkan dunia. Tak ada seorang pun tahu apa yang akan terjadi pada budak itu termasuk jurufoto Kevin Carter yang meninggalkan terus tempat kejadian tersebut.



Pernah tengok gambar ni? Pada mulanya mati-mati aku ingat ni gambar grafik atau di 'edit' untuk wallpaper Windows XP. Sebenarnya tempat ini wujud dan diberi nama 'Bliss''(kebahagian) iaitu landskap di Napa Conty, California. Sebelah timur Sonoma Valley. Gambar diambil pada Mei 1979 untuk artkel National Geogrphic Magazine Napa, Valley of the Vine. Foto ini dirakam oleh jurufoto profesional Charles O'Rear, penduduk St Helena di Napa County untuk syarikat digital Design High Turn. Foto ini digunakan sebagai wallpaper komputer standard untuk "Luna" tema windows XP. Kesemua gambar di atas boleh anda dapati di sini

28 Ogos, 2009

Tempat berpayung dan berlindung...


Ramai kawan-kawan terutama di K.L nak tengok rumah yang aku duduki sekarang (rumah sendiri). Jadi pada kali ini aku postkan untuk tatapan anda. Rumah ni tak mencecah RM3 juta...ha..ha..Kepada kekawan yang datang ke sini (Jerteh) dijemput untuk bertandang ke rumah aku...Lagi baik kalau datang dimusim buah..buat Nan, Ku Bahador, Halim, dari tahun lepas lagi kau nak datang bercuti di Pulau Perhentian. Ni dah nak habis 2009...2010...2011..aku pencen!. (klik imej untuk lebih jelas).

24 Ogos, 2009

Waktu Berbuka 1st Malaysia - pdf file

Jika anda berminat untuk mendapatkan jadual waktu berbuka puasa seluruh Malaysia sila download di sini.

Smartphone untuk dijual

Smartphone untuk dijual kepada sesiapa yang berminat. Jenama Hewlett Packard (hp). Smartphone ni hak milik penulis dan bukannya hak orang lain untuk dijual. Sebab dijual kerana penulis dah beli PDA jenama ASUS dek kerana gila dengan GPS. Condition 99% (lihat gambar). Spesifikasi ringkas: OS Windows Mobile 6. Ada - Pocket Office (Word, Excel, PowerPoint, PDF viewer) MP3/AAC/AAC+/WMA/OGG/AMR player WMV/MP4 player, T9 Voice memo. Memori Internal
64 MB RAM, 128 MB ROM , SD Card Slot - 1g up to 2g, bluetooth. Tersedia install surah Yassin, Terjemahan al-Quran dan berpuluh game di dalamnya. Harga? Kita runding dan bisikkan kat telinga...0123035600.

20 Ogos, 2009

Taklimat H1N1- pdf file

Wabak yang menggemparkan seluruh dunia H1N1 (Selsema Babi). Aku dah lupa dari mana aku dapat sumber ni...so, kepada sesiapa yang berminat untuk melihatnya boleh downloadkan di sini ...ada masa aku uploadkan selsema B1N1....marah bini beb!

Jangan buat cam tu doktor...(Klik imej)

Fadilat Sunat Tarawih?

Semalam aku ada mengikuti sesi ceramah diambang ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Wan Ahmad Hasbi dari Jabatan Pendidikan Islam Terengganu. Apa yang menarik perhatian aku ialah pernahkah selama ini kita diedarkan surat mengenai fadilat sunat tarawih?. Maksud aku jika kita menunaikan sembahyang sunat tarawih pada malam pertama,maka keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah. Malam kedua diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman)dan begitulah seterusnya. Aku pun musykil juga bahawa ustaz mengatakan bahawa kepercayaan itu adalah TIDAK BENAR dan tiada fakta yang menyokong kebenaran itu...bagaimana pendapat anda?. Walau bagaimanapun, kita tetap ke masjid/surau untuk menunaikannya...Selamat Berpuasa.

13 Ogos, 2009

Blog Khas Intake 13

Lama juga aku tak update blog ni disebabkan kesibukan. Masa dan keadaan tidak mengizinkan. Jadi kali ini aku ingin berkongsi dengan kawan-kawan terutama anggota-anggota TUDM intake 13, agar membantu sahabat kita (Admin force13) dalam memeriahkan lagi blog beliau. Sila klik sini http://www.force13.blogspot.com untuk maklumat lanjut. Disamping itu juga kita boleh terus berhubung dengan kawan-kawan kita untuk menyalurkan maklumat-maklumat atau peluang-peluang yang ada 'di luar' sana terutama yang dah berhenti seperti saudara kita Syaiful. Maklumlah, intake 13 ni dah nak pencen...ada 2-3 tahun lagi kerja. Buat Admin force13 aku harap sentiasa kemaskinikan blog. Kumpulkan maklumat, hebahkan pada semua sahabat.Tahniah Skot!