
12 November, 2010
Boxoft Photo Magic Maker v1.0 Portable

03 November, 2010
Military & Aerospace Electronics Magazine
Magazine Military & Aerospace bagi keluaran Nov 2010. Download di sini. Klik pada free user. Saiz 6.41mb.
23 Oktober, 2010
Dreamlight Photo Editor

22 Oktober, 2010
Sukhoi T-50 Pak Fa

Perbandingan T-50 (Russian) dengan YF 22 Raptor (US)

Prestasi
Kelajuan maksimum: Mach 2+ di altitud (2450+ km/j, 1,500 bsj)
Kelajuan sederhana Jarak maksimum: 4,000 to 5,500 km (2,485 hingga 3,41
Keperluan panjang landasan: 350 m (1,148 kaki)
Ketahanan: 3.3 jam (198 minit)
Radar: Radar N050(?)BRLS AESA/PESA (peningkatan IRBIS-E) pada Sukhoi Su-35
07 Julai, 2010
Saudi beli senjata AS$60 bilion
Pembantu Setiausaha untuk Hal Ehwal Politik-Tentera, Andrew Shapiro berkata, rancangan tersebut membabitkan penjualan 84 buah pesawat pejuang F-15, 70 helikopter tempur Apache, 72 helikopter taktikal Black Hawk dan 36 helikopter ringan.
Penjualan yang turut dilengkapi dengan naik taraf 70 buah pesawat F-15 terpakai, 'tidak akan melebihi jumlah AS$60 bilion', tambahnya ketika pentadbiran Presiden Barack Obama memaklumkan kepada Kongres berhubung rancangan tersebut.
Kongres mempunyai kuasa untuk melulus atau menangguh perjanjian itu dan menurut Saphiro, Israel dijangka tidak menentang penjualan senjata tersebut.
Penghantaran senjata ke Arab Saudi akan dibuat dalam tempoh antara 15 hingga 20 tahun.
"Ia akan memberi mesej tegas kepada negara-negara di rantau itu bahawa kami komited untuk membantu keselamatan rakan penting dan sekutu kami di Teluk Arab dan seluruh Asia Barat," ujar Saphiro.
Walaupun beliau menyatakan penjualan berkenaan 'tidak sepenuhnya berkaitan dengan Iran', Saphiro mengakui sebahagiannya adalah bertujuan membantu Arab Saudi mengatasi ancaman daripada republik Islam bukan Arab itu di Teluk.
Pegawai pertahanan AS berkata, perjanjian itu telah diusahakan sejak beberapa bulan lalu berikutan Arab Saudi, yang semakin bimbang dengan peluru-peluru berpandu milik Iran.
Seorang pegawai kanan pertahanan memberitahu pemberita bulan lalu, 'jika kamu melihat kepada kerajaan (Arab Saudi), ancaman besar yang dihadapi mereka di rantau itu datang dari Iran'.
Pegawai yang enggan dikenali itu berkata, pakej persenjataan tersebut 'memberikan keupayaan pertahanan untuk mempertahankan negara serta kemampuan pencegahan'.
Pakej pertahanan itu turut menyenaraikan beribu-ribu bom pintar berpandukan laser termasuk peluru berpandu JDAMS, Hellfire dan Sidewinder. - AFP
13 Mac, 2010
Khazanah Petua
19 Januari, 2010
Yang aku suka dan tak suka
16 Disember, 2009
Pesawat Pelbagai Fungsi - JAS 39 Gripen
Saab JAS 39 "Gripen" (Griffin atau "Gryphon") merupakan pesawat pejuang generasi 4.5 yang dihasilkan oleh syarikat aeroangkasa Sweden, Saab. Ianya juga merupakan pesawat pejuang pelbagai fungsi (MRCA) atau pesawat swing-role yang dapat menyempurnakan setiap jenis tugasan.Istilah swing-role digunakan pada pesawat kelas ringan adalah bagi menggambarkan keupayaan JAS 39 gripen untuk menyempurnakan pelbagai misi tanpa mengubah peralatan perisian atau perkakasan. Bagi tujuan pemasaran, menjual dan menyokong pesawat pejuang Gripen di seluruh dunia, kontraktor yang bertanggungjawab ialah Gripen International.
Anak kapal: 1 (2 pada JAS 39B/D)
Panjang: 14.1 m (46 kaki 3 in)
Rentang sayap: 8.4 m (27 kaki 7 in)
Tinggi: 4.5 m (14 kaki 9 in)
Sayap luas: 30.0 m² (323 kaki²)
Berat kosong: 5,700 kg (14,600 lb)
Berat berisi: 8,500 kg (18,700 lb)
Berat berlepas maksimum: 14,000 kg (31,000 lb)
Loji kuasa: 1× Volvo Aero RM12 turbin kipas pembakaran lanjut
Tujahan kering: 54 kN (12,100 lbf)
Tujahan dengan pembakar lanjut: 80.5 kN (18,100 lbf)
Trek roda: 2.4 m (7 kaki 10 in)
Panjang (2-tempat duduk): 14.8 m (48 kaki 5 in)
Prestasi
Kelajuan maksimum: Mach 2 (2,130 km/j, 1,320 bsj)
Jejari bertempur: 800 km (500 batu, 432 batu nautika)
Jarak maksimum: 3,200 km (2,000 batu) dengan tangki guguran
Lelangit khidmat 15,240 m (50,000 kaki)
Beban sayap: 336 kg/m² (68.8 lb/kaki²)
Tujahan/berat: 0.97
1 × 27 mm meriam Mauser BK-27 dengan 120 butir peluru
6 × Rb.74 (AIM-9) atau Rb 98 (IRIS-T)
6 × Rb.99 (AIM-120) atau MICA
4 x Rb.71 (Skyflash) atau Meteor
4 x Rb.75
2 x KEPD.350
4 x GBU-12 Paveway II bom panduan laser
4 x pod roket dengan roket 13.5 cm
2 x Rbs.15F peluru berpandu anti kapal
2 x Bk.90 bom berangkai
8 x Bom Mark 82
1 x ALQ-TLS pod ECM
08 November, 2009
Peluru berpandu Iran
BERITA mengenai Teheran yang berjaya melaksanakan ujian peluru berpandu seketika dulu sebenarnya tidak mengejutkan kerana sejak kebelakangan ini Iran begitu aktif dengan aktiviti pembaikan sistem peluru berpandu yang dimiliki. Peluru berpandu terbaru Iran yang dinamakan Sajil dikatakan mampu mensasar jarak sehingga 1,900 kilometer. Pada waktu yang sama India juga melakukan ujian peluru berpandu balistik jarak sederhana K-15 yang dilancarkan dari kapal selam. K-15 dikatakan mampu bergerak sehingga 700 kilometer jauhnya. Tidak ada yang menarik mengenai ujian terbaru New Delhi kerana sebelum ini K-15 telah pun di uji tetapi menggunakan pelancar yang berbeza. Tiada pihak yang berasa teruja dengan kemampuan K-15 kerana New Delhi sudah pun mempunyai peluru berpandu Agni-3 yang mempunyai jarak sasaran empat kali lebih jauh dari K-15.
Begitu juga dengan peluru berpandu Sajil, sebenarnya tiada apa yang menarik kerana Teheran telah pun mempunyai Shahab-3 yang mampu bergerak lebih jauh dari Sajil. Ujian terhadap Shahab-3 yang dilakukan pada Julai lepas membuktikan bahawa peluru berpandu tersebut mampu mencapai jarak melebihi 2,000 kilometer jauhnya.
Tetapi agak menghairankan banyak pihak yang berasa agak teruja dengan ujian Sajil. Memang tidak dapat dinafikan kejayaan ujian Sajil adalah sesuatu yang baru kerana peluru berpandu tersebut menggunakan sistem penggerak bahan bakar yang berlainan dengan Shahab-3. Sajil walaupun dikatakan tidak mampu mencapai jarak sejauh Shahab-3, tetapi pergerakannya adalah lebih pantas dan capaian sasaran dapat dilakukan dengan lebih jitu.
Washington umpamanya telah dilihat cuba mengambil kesempatan dari kejayaan Sajil dengan mengaitkan dengan isu pembangunan nuklear Iran. Walaupun telah berkali-kali dinafikan oleh Teheran, Washington memberi andaian bahawa kemajuan peluru berpandu Teheran tersebut jelas mempamerkan niat Republik Islam tersebut untuk memperlengkapkan peledak nuklear terhadap peluru berpandu Iran.
Walaupun tiada bukti nyata yang menjerumus niat Teheran untuk membangunkan nuklear sehingga mencapai tahap pemerosesan uranium gred senjata, tetapi Washington tetap dengan andaian yang sukar dibuktikan. Tetapi agak pelik juga, New Delhi yang secara jelas membangunkan keupayaan nuklear mereka untuk tujuan ketenteraan, tetapi tidak menerima sebarang tentangan dari Washington setiap kali India melakukan ujian peluru berpandu.
Begitu mudah sekali Washington menggunakan kejayaan Sajil untuk menyakinkan Moscow mengapa perlu sistem perisai peluru berpandu ditempatkan di Poland dan Republik Czech. Adalah baik diungkitkan kembali isu penempatan sistem perisai tersebut mendapat tentangan yang hebat dari Moscow kerana Kremlin berpendapat sistem tersebut sebenarnya bertujuan mengekang kemampuan peluru berpandu milik Rusia. Dalil ancaman Teheran, mengikut Moscow hanya sengaja diadakan untuk menutup agenda sebenar Washington.
04 November, 2009
Terkenang semasa dulu...
20 Oktober, 2009
11 Oktober, 2009
Singapore Airforce Asset

