25 Februari, 2009

Perisikan Israel (Perang Arab - Israel)

Perisikan Israel (Mossad) adalah merupakan agen perisikan terbaik di dunia selain KGB-Rusia, CIA-Amerika dan M16-Britain. Berdasarkan sejarah pada Jun 1967, Angkatan Tentara Arab yang terdiri dari Syiria, Mesir dan Jordan telah bergabung dengan kekuatan melebihi 100,000 orang untuk menyerang Israel serta disokong oleh Kesatuan Soviet. Manakala pihak tentera Israel ketika itu tidak sampai separuh dari gabungan tersebut. Dari segi teknologi, Israel jauh ketinggalan dari tentera gabungan. Mesir memiliki pesawat MiG-21 yang merupakan pesawat tercanggih ketika itu manakala Israel memiliki pesawat pejuang Mirage IIIC buatan perancis yang mana teknologinya 7 tahun ketinggalan dengan pesawat pejuang Mesir. Kelicikan agen perisikan Israel mengumpulkan maklumat, MiG 21 Mesir tidak sempat terbang untuk menyerang Israel kerana tepat jam 8.07 minit pagi ketika semua juruterbang menikmati sarapan pagi, pihak Israel telah mengebom lapangan terbang milik tentera Mesir serta tempat penyimpanan pesawat. Peperangan tersebut memakan masa selama 6 hari yang mana Israel telah meluaskan wilayahnya tiga kali ganda.






Yang terpilih: Pose terbaik dari adik ku (Che Ngah) - Bila nak balik? Abang mu merindui mu dan Che Su (Si budak Hitam), Lain-lain gambar: anak-anak ku - Wan. Siti Aisyah, Wan Siti Hajar, Wan Nur Annissa' dan Wan Mu'ammar. Klik imej untuk pembesaran..

Sepandai-pandai tupai melompat...

Khabar yang kurang enak didengar. Betul ke?. Kisah berlaku di tempat kediaman lama ku di Pangsapuri Setiawangsa. Si A ni memang tak dapat dinafikan tabiatnya suka mengendap. Tak kira lah isteri orang apatah lagi anak dara orang. Aku cukup yakin dengan penglibatannya. Sebab yang pertama ialah dia jiran aku dan family aku pun dah jadi mangsa 'pengendapannya'. Tapi tak lah sampai masuk ke dalam rumah seperti mana berlaku baru-baru ini...(tak tau la kalau isteri aku diam je...jahanam beb!). Dan, aku pun memiliki rahsia-rahsianya yang tak perlu aku jelaskan di sini. Aku pun pernah terserempak dengan si A ni sedang mengendap beberapa kali dan aku pun ada saksi-saksi yang mengukuhkan dakwaan aku ni. Licik juga si A ni bila ditanya buat apa? Lantas jawapan dia..."aku nampak ada orang buang kertas"..."aku cari kucing"....Fuhh! bukan main terror lagi jawapan dia...tapi sehebat mana pun alasan kalau dah tabiat memang susah nak diubah. Dengar cerita baru-baru ni kantoi kena tangkap!. Bak kata pepatah bapak aku, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya masuk Lokap!...kepada LUK Akmar, sabar je la...cium isteri banyak-banyak di waktu pagi...Best tau...!


24 Februari, 2009

Phase 1 Completed!

Ribuan terima kasih diucapkan pada sahabat-sahabat di K.L terutama Ku (JTMK), 'Mie Pop Corn' di atas 'sumbangan' yang tak ternilai. Fasa pertama lengkap dan tepat 100%. Menunggu fasa kedua pulak...Tahniah buat sahabatku Halim di atas kelahiran cahaya mata baru. Tambah lagi strenght dalam family...Bagi la ruang buat isteri rehat sekejap. Jangan main redah je...apa pun rezeki masing-masing. Bila nak datang ke Terengganu. Jalang-jalang cari makang!!! (slanga Terengganu).

07 September, 2008

Apa khabar staf MOU?

Apa khabar warga Mindef (Staf MOU)?. Mana pergi budak-budak jahat dan nakal ni...Che Wan, Zaidi, Sultan Muzafa, Li Odong, Azam, Kimi. Bulat, Safri, Zaidi, Lan, Idris, Michael, dan yang ada 'nasi lemak' Su, Mek, Fatimah, Sarina...mungkin korang sibuk gila babi sampai dah lupa kat aku...tapi tak apa, aku faham kalau di bulan puasa ni masuk pukul 11 pagi je mata dah kecik...jam 12 tengahari buat lawatan sosial kat kafeteria di bawah. 'Recce' air wangi, serunding, VCD alam barzakh, kek, gulai kawah lepas tu naik semula ke atas kat office..kalau yang pompuan pulak dapat 'dismiss' awal jam 3.30 untuk masak berbuka puasa. Padahal tak masak pun...'on the way' balik singgah kat bazar ramadhan beli lauk pas tu LENA!. Apa yang menyeronokkan semasa di sana ialah ada 'waktu'nya berbuka puasa di hotel-hotel sekitar Lembah Klang. Lembah Kinta dan Lembah Belum tak buat lagi. Tapi mengikut firasat aku setelah berbincang dengan persatuan bomoh-bomoh, pakar ekonomi Bank Negara, mungkin tahun ni aktiviti berbuka puasa di hotel kurang sikit...atau....mungkin lagi banyak kot. Aku kat sini mana ada hotel yang mewah-mewah...kat KL hotel sampai 30 tingkat, kat sini hotel paling tinggi pun 3 tingkat. Selamat berpuasa beb!

Selamat berpuasa kekawan di K.L

Salam dari aku buat semua. Selamat menyambut ramadhan dengan penuh ketakwaan. Teringat jugak masa tinggal di Kuarters ATM Setiawangsa bila sambut ramadhan. Sibuk bila tiba giliran moreh untuk majlis sembahyang tarawih. Member-member seperti Abang Hanif, Ku Bahador, Halim, Bad, Bajuri, Pak Ya, Yusof dan lain-lain pasti ada...yang ada dan kadang-kadang tak ada adalah aku...lepas je tarawih kena teh tarik kat AU2 Keramat pulak. Bila tinggal di Besut ni, Huhhhh...member-member pun dah separuh abad. Kedai kopi ada tapi penuh dengan orang-orang tua yang 'mood'nya lain...sikit-sikit cerita pasal pokok getah, sikit-sikit cerita pasal lembu kaki patah...kalau dengan geng-geng di atas, pasti topik menarik. Cerita pasal politik, saham berjuta-juta, nombor ekor yang 'miss' satu mata dan pasal pompuan selak kain pun ada....meriah sungguh..

Antara KL dan Besut

Selama hampir 8 tahun tinggal di K.L (Jan 2000 - Apr 2008), banyak karenah serta gaya hidup yang berbeza jika dibandingkan tinggal di sini (Besut). Antara yang paling ketara adalah kos sara hidup. Sapa kata kos sara hidup kat kampung murah memang 'bangang' la...Itu cerita dulu...zaman Hail Amir dan Uji Rashid....ni zaman serba canggih dah berubah beb!. Di Besut ni jika dibandingkan dengan daerah jiran Pasir Puteh pun dan berbeza kos sara hidup. Kalau di KL ayam tanpa kepala dan kaki RM5.00 sekilo dan kadang-kadang di pasar raya lebih murah lagi tetapi kat sini RM6.70 sekilo. Harga pasar raya dengan harga pasar beratap zink pun sama....tu yang paling murah! Ikan? tak usah cerita la....tambah-tambah bulan puasa ni. Kembung mata merah, perut bocor sebelah pun di jual RM10.00 sekilo. Udang, Ketam, jangan nak berangan la...hingga ke satu tahap terfikir aku nak makan kumbang, lipan...Barang-barang keperluan lain pun sama juga seperti sayur, bawang, gandum, gula, beras, susu, buah-buahan...ishhhh dah macam KPDNHEP nak aku list pulak...Kalau setakat buah durian, rambutan memang la murah, tapi hari-hari ke aku nak makan benda tu? Dah la aku ni kekurangan zat...

31 Mac, 2008

Jangan...

Jangan mengucapkan kata -kata indah dan manis buatku kerana aku takut akan menyayangimu. Jangan mengambil berat tentang diriku kerana aku bimbang akan mengasihimu. Jangan terlalu baik pada diriku kerana aku takut akan merinduimu. Jangan memberikan ku kenangan atau harapan kerana aku khuatir akan jatuh cinta padamu. Jangan menghargai pertemuan itu, kerana aku tidak mahu menderita kehilangan dirimu...Hasil Nukilan : flove@fiedah

23 Mac, 2008

Pewaris takhta (ll)


Marc Anthony - (My Baby You) mp3 - download di sini

as i look into your eyes - i see all the reasons why - my life's worth a thousand skies - you're the simplest love i've known - and the purest one i'll own - know you'll never be alone - [chorus:] my baby you - are the reason i could fly -and 'cause of you -i don't have to wonder why - baby you - there's no more just getting by - you're the reason i feel so alive - though these words i say are true - they still fail to capture you - as mere words can only do - how do i explain that smile - and how it turns my world around - keeping my feet on the ground - [repeat chorus] - i will soo - the you if you fall - i'll be right there if you call - you're my greatest love of all - [repeat chorus] arianna i feel so alive...tq flove@fiedah

22 Mac, 2008

Terima kasih sahabatku...

April ini aku akan bertukar ke tempat kerja baru di negeri tanah kelahiranku. Kepada semua, ku rakamkan jutaan terima kasih di atas segala sumbangan, khidmat nasihat serta keprihatinan anda sebagai teman seperjuangan....Bos aku: Lt Kol Hj Mohamed Nazri- Kuat sungguh kerja...cuti pun sehari dua je... Mej Hasma Hisham (panggilan glamour-comel) - bila nak beli motor besar?, Staf Opkhas - (Azlan, Azam, Rodong, Kimi, Bulat) - banyak membantu ku...Staf MOU- Anda semua tetap dalam ingatan...terutama yang selalu huru-hara kat office (Mej Azman & Kapt Saadon), PW U I Idris- Mungkin satu hari aku akan 'insaf'...Abg Hanif- Pinjam pam tayar pun nak belasah aku...kejam betul..., PW Murhalim- Jumpa kita di sana...PW Bajuri - peminat Liverpool...nak bagi tau kat hang...Liverpool (0) Man.United (3), Halim - pukul 5 pm je hantar message...'minum', Ku Bahador - Sifoo IT - Tq ajaq aku tentang IT...negeri hang jatuh ke pembangkang...Pak Ya - selalu nak gaduh dengan cina di pasar karat!, Bad - masuk je hujung bulan kalau hantar msg, mesti tak reply (tak dak kredit)...Nizam BSM - Orang kuat politik - TAKBIR!!!, Yusof - Awal pakai kain pelikat...mak mentua ada kat rumah ke?...serta semua yang tak tersenarai dlm ni anda semua adalah temanku...teruskan perjuangan!...

Tanduk Iblis?

Sumber e-mel yang kuterima- Maklumat ini dari ustaz Harun Din, beliau bacakan artikel tentang fakta bahawa Planet Marikh ( planet terdekat dgn bumi ) telah mengalami pusingan terbalik pada bulan september lepas.
Ini menunjukkan bahawa planet yang berhampiran dengan planet marikh juga akan mengalami kejadian yang sama. maka akan terjadilah kejadian matahari akan timbul dari arah barat yang juga merupakan tanda-tanda besar kiamat . Pada masa itu jugalah pintu taubat akan ditutup. Kata para astronomi planet, bumi hanya tunggu masa saja. Maklumat ini tidak didedahkan secara meluas dan telah dihentikan penyebarannya oleh 'NASA' kerana ia menguntungkan umat islam. ambillah peranan..[istighfar jom..] wallahulam..(Terima kasih adikku- Wan Siti Aisyah)