13 Mac, 2010

Khazanah Petua

Bernanah jari disebabkan jarum/duri/tulang ikan.

Ambil 3 sulur bawang merah,tumbuk, jgn terlampau lumat,masukkan satu sudu besar minyak kelapa dan dibungkus menggunakan daun pisang, kemudian dipanaskan d iatas api, apabila sudah panas tampalkan pd tempat yg sakit dan dibalut dgn kain pembalut luka-3 hari sembuh.

Bengkak2 dibadan/terkena ulat.

Bengkak yg disebabkan oleh ulat serangga dan sbg. Ambil sepotong kunyit,parut, masukkan kapur sireh dan air,panaskan ramuan tersebut dan apb sudah sejuk letak ditempat bengkak, 5mint sembuh.

Barah pd daging

Ambil getah pokok pulai (bunganya berwarna putih) dan disapukan tempat yg terlibat(kulitnya),buat sehingga hilang.
Barah pd kemaluan dan sbg (imporstate)
Ambil:
1.akar pokok delima
2.akar pokok inai
3.akar rumput kepala lalat
4.akar rumput lalang laut

rebus semuanya sehingga tinggal airnya setengah cerek/periuk.Setelag sejuk minum airnya 2 kali sehari, lakukan selama 2 minggu.Atau…,
Ambil:
1.Akar poko mata ayam
2.akar pokok cenerai
3.akar pokok larak merah
4.akar pokok belimbing buluh
5.kulit akar pokok sengkuang
6.akar pokok kedudut
7.akar pokok tapa besi
campur kesemuanya dan rebus hingga didih, setelah itu minum air rebusan itu 2 kali sehari, lakukan selama seminggu.
Bagi penyakit bengkak paru2 juga ramuanya sama, cuma tambah:
8.Akar pokok melada pahit (direbus dgn diatas).

Barah darah/leukemia.

Sentiasa makan sayur petola dan labu atau, ambil 20gram kemunting cina (bunga warna putih atau merah) yg sudah dijemur kering lalu direbuskan,setelah dingin airnya minumlah 2x sehari sehingga sembuh.

Barah rahim

Ambil pohon benalu teh yg tumbuh di dataran tanah tinggi,setinggi 750 meter dr laut.Rebus dan minum air nya,lakukan selama 3 bulan,stelah 3 bulan sila berjumpa doktor, lihat apa mereka kata atau,
Ambil getah gambir, getah keladi gatal, air asahan akar pokok melor susun dan akar melur biasa dan air/buih gumpalan pokok pegaga besi, pagaga biasa dan air asahan kemenyan putih. Semua bahan tersebut dicampur, diratakan lalu dilumur ke rahim melalui lubang faraj.

Barah gigi/gusi

Ambil akar pokok penar akar pokok mata ayam dan akar pokok cap perdik, asahkan kesemuanya bersama kemenyan lalau lumurkan kebahagian siratan gigi yg membengkak dan berkumur(jangan ditelan airnya).

Gusi berdarah

Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan ke dalam periuk berisi air,campurkan bebrapa helai daun inai,kemdian rebus,setelah didih masuk sedikit asam gelugor dan garam.
setelah airnya suam masukkan kedalam mulut dan biarkan selama 3minit, lalu berkumur.Buat 2x sehari pagi/malam 3 hari berturut turut.

Buasir

Ambil satu perdu (satu pokok termasuk akar,daun dan buah) pokok belimbing tanah dan bukit (bukan belimbing buluh)capur semua dan rebuskan sehingga airnya mendidih,minum air tersebut 2x sehari, dua hari akan sembuh.

Batuk seratus hari

Ambil akar pokok kemunting cina yg bunganya berwarna putih (bukan ungu) asahkan pada buntut pasu (letak sedikit air) kemudian asahkan sedikit kemenyan bersamanya.Minum air tersebut 2kali sehari,2-3 hari akan sembuh.

Batuk biasa(bronkitis)

Ambil sepotong cikur sebesar ibu jari, garam sedikit kemudian kunyah2 dan telan airnya.
5 minit gatal akan hilang.

Batuk rejan pada kanak2.
batuk yg tidak henti henti pada kanak2.

Ambil air perahan daun peria dan peri minum pd anak tersebut,disebabkan air ini terlalu pahit,kahak akan keluar, buat berulang kali jika perlu.

Batuk biasa

Ambil daun lidah buaya, ambil isi dlm nya, hiris halus2 sebanyak 20gram,siramkan madu asli ketasnya sebanyak 40cc.makan 2x sehari,buat selama 2 minggu.

Bisul kepala

Ambil 5 duri pokok kabu asahkan bersama air sehingga air pekat,sapu pd tempat bisul,buat sehingga beberapa kali.

Menghilangkan tanda bisul awal
bila badan anda ditumbuhi bisul bisul yg baru, gosokkan dgn bawang putih.
atau, telan 1biji buah kadak hacing(warna kuning) yg biasanya tumbuh diladang getah,akan sembuh selamanya.
Atau, ambil kepala ikan keli(lele) kemudian bakar hingga hangus dan tumbuk hingga hancur,campurkan dgn air pinang atau minyak kelapa (minyak benar) lalu dilumurkan kebahagian kepala bisul yg sakit itu.

Bengkak bengkak(kaki) waktu hamil

Ambil kacang cambah(taugeh) bersihkan dan masuk dlm kuali/periuk, masuk 1 gelas air panas kedlm nya, ambil airnya yg sudah kurang panas-hangat2 kuku dan minum, ulang hingga kaki menjadi surut.

Busung

Ambil kacang lohor bersama daunya setakat yg anda mahu atau 3 genggam,2 ekor burung puyuh padang/kampung yg disembelih, kemudian rebuskan semua danjadikan sbg sayur, lalu diberi makan pada pesakit,lakukan beberapa kali.

Bertih (cacar air)

Ambil segera 5 helai daun jarak,rebus,apb sudanh hangat kuku, mandi dgn air tersebut dan gosokkan daun jarak yg direbus itu kpd kulit pesakit.Lakukan selama 3 hari berturut.
Bintik hitam kesan campak dimuka atau lain kesan dibahagian lain.
Ambil jagung muda, parutkanya kemudianya gosok ke tempat terlibat,buat bebrapa hari atau seminggu.

Bengkak,sakit urat (param mustajab) dan rasa sakit pada punggung.

Ambil daun kecubung sapu kapur sireh pd nya dan tumbuk sampai halus, kemudian tampalkan ke tempat sakit.

Sumber: dah lupa..(koleksi hardisk)

19 Januari, 2010

Yang aku suka dan tak suka

Jumaat lepas aku menaiki bas ke K.L seorang diri melawat anak saudara (baby 4 month) yg menghidap leukimia di Pediatrik, HKL. Tibanya aku di sana lebih kurang pukul 5 pagi. Oleh kerana perut terasa lapar maka aku singgah di medan selera berhampiran HKL. Sambil menjenguk-jenguk pilihan makanan pelayan indon pun bersuara,"makan sayang"...ayat yang paling aku SUKA, terus aku makan!...Pada malamnya pula, sementara menunggu bas yang dijadualkan pukul 9 malam KL-Jerteh, perutku terasa lapar lagi. Terus aku naik ke tingkat atas hentian putra untuk melihat-lihat makanan bagi mengisi 'kekeroncongan' perutku. Terdengarlah suara perempuan muda..."makan pak cik"...jiwa aku tiba-tiba memberontak kerana ayat itu cukup-cukup buat aku TAK SUKA...aku tak jadi makan!
Moral: Pertama sekali betapa pandainya orang indon melayan pelanggan berbanding orang kita. Yang kedua...aku ni dah berumur bro..39 tahun..(hu..hu...).

16 Disember, 2009

Pesawat Pelbagai Fungsi - JAS 39 Gripen

Saab JAS 39 "Gripen" (Griffin atau "Gryphon") merupakan pesawat pejuang generasi 4.5 yang dihasilkan oleh syarikat aeroangkasa Sweden, Saab. Ianya juga merupakan pesawat pejuang pelbagai fungsi (MRCA) atau pesawat swing-role yang dapat menyempurnakan setiap jenis tugasan.

Istilah swing-role digunakan pada pesawat kelas ringan adalah bagi menggambarkan keupayaan JAS 39 gripen untuk menyempurnakan pelbagai misi tanpa mengubah peralatan perisian atau perkakasan. Bagi tujuan pemasaran, menjual dan menyokong pesawat pejuang Gripen di seluruh dunia, kontraktor yang bertanggungjawab ialah Gripen International.

Antara negara-negara pengguna ialah Tentera Udara Sweden, Tentera Udara Czech dan Tentera Udara Hungary dan telah ditempah oleh Tentera Udara Afrika Selatan dan Tentera Udara Diraja Thailand. Tentera Udara Croatia telah mengumumkan rancangan untuk mengantikan pesawat MiG-21, berkemungkinan dengan pesawat JAS 39 Gripen atau F-16 Fighting Falcon. Dijangka sehingga 24 buah pesawat akan dipesan. Begitu juga dengan Tentera Udara Romania telah mengumumkan mereka akan mengantikan pesawat MiG-21 LanceR bermula pada tahun 2008, kemungkinan dengan JAS 39 Gripen atau Eurofighter Typhoon.
India telah menunjukkan minat untuk menilai pesawat Gripen untuk tender 126 buah pesawat pejuang pelbagai fungsi (MRCA. Negara-negara lain yang menunjukkan minat terhadap pesawat Gripen ialah Denmark, Norway, Bulgaria, Slovakia, Chile dan Brazil.
Kerjasama strategik diantara Saab Military Aircraft dan British Aerospace (sekarang BAE Systems) telah dimetarai dengan penubuhan syarikat usahasama Saab-BAe Gripen AB, bermatlamat untuk membangunkan pemasaran export Gripen di peringkat antarabangsa. Perjanjian ini akan menggunakan kelebihan pengalaman pemasaran BAE di peringkat global. Syarikat BAE merekabentuk dan memperbaiki sayap, yang akan dikeluarkan oleh BAE. BAE menghasilkan kira-kira 45% daripada kerangka pesawat udara untuk tujuan eksport.
BAE juga melihat Gripen sebagai produk saling melengkapi kepada pesawat masa kininya, seperti pesawat serangan ringan/latihan Hawk, Panavia Tornado dan pesawat pejuang Eurofighter Typhoon. Kerjasama ini dikembangkan lagi pada 2001 dengan penubuhan syarikat Gripen International, juga untuk tujuan yang sama. Pada Disember 2004, Saab dan BAE bersetuju bermula Januari 2005, Saab akan bertangungjawab penuh untuk memasarkan pesawat Gripen berikutan peningkatan pengalaman Saab dalam pemasaran export.
Pesawat Gripen adalah lebih fleksibel jika dibandingkan dengan pesawat kombat generasi awal yang digunakan oleh Sweden. Kos operasi Gripen adalah 2/3 daripada kos operasi bagi pesawat JA 37 Viggen. Kombinasi sayap delta dan sirip kecil memberi kelebihan dan keupayaan yang lebih baik kepada pesawat Gripen semasa berlepas dan mendarat serta ciri-ciri penerbangannya. Sistem avionik yang bersepadu sepenuhnya membuatkan ia sebuah pesawat yang boleh diprogram. Pesawat ini juga mempunyai sistem peperangan elektronik terbina dalam, menjadikan pesawat ini berupaya untuk membawa lebih kelengkapan persenjataan tanpa kehilangan keupayaan untuk mempertahankan diri.
Spesifikasi Gripen memerlukannya beroperasi dengan menggunakan landasan sepanjang 800 m. Salah satu ciri yang paling menarik adalah keupayaan pesawat Gripen untuk mendarat di atas jalan raya, yang mana ini merupakan sebahagian daripada strategi pertahanan Sweden. Semasa di darat, pesawat ini akan diisi bahan api dan dilengkapi senjata dalam masa 10 minit oleh 3 orang krew bergerak yang beroperasi dengan menggunakan trak. Setelah itu, pesawat ini akan berlepas dan menyambung tugasan.
Pesawat Gripen menggunakan radar moden jenis denyutan-doppler PS-05/A, dibangunkan oleh Ericsson dan GEC-Marconi, berdasarkan radar termaju Blue Vixen untuk pesawat Sea Harrier (juga memberi inspirasi kepada radar CAPTOR untuk pesawat Eurofighter). Radar ini berupaya untuk mengesan, mencari, mengenal pasti dan menjejak beberapa sasaran secara automatik dalam lingkungan atas dan bawah sama ada di permukaan, laut atau udara, dalam semua keadaan cuaca.
Spesifikasi (JAS 39)
Ciri umum
Anak kapal: 1 (2 pada JAS 39B/D)
Panjang: 14.1 m (46 kaki 3 in)
Rentang sayap: 8.4 m (27 kaki 7 in)
Tinggi: 4.5 m (14 kaki 9 in)
Sayap luas: 30.0 m² (323 kaki²)
Berat kosong: 5,700 kg (14,600 lb)
Berat berisi: 8,500 kg (18,700 lb)
Berat berlepas maksimum: 14,000 kg (31,000 lb)
Loji kuasa: 1× Volvo Aero RM12 turbin kipas pembakaran lanjut
Tujahan kering: 54 kN (12,100 lbf)
Tujahan dengan pembakar lanjut: 80.5 kN (18,100 lbf)
Trek roda: 2.4 m (7 kaki 10 in)
Panjang (2-tempat duduk): 14.8 m (48 kaki 5 in)
Prestasi
Kelajuan maksimum: Mach 2 (2,130 km/j, 1,320 bsj)
Jejari bertempur: 800 km (500 batu, 432 batu nautika)
Jarak maksimum: 3,200 km (2,000 batu) dengan tangki guguran
Lelangit khidmat 15,240 m (50,000 kaki)
Beban sayap: 336 kg/m² (68.8 lb/kaki²)
Tujahan/berat: 0.97
Persenjataan
1 × 27 mm meriam Mauser BK-27 dengan 120 butir peluru
6 × Rb.74 (AIM-9) atau Rb 98 (IRIS-T)
6 × Rb.99 (AIM-120) atau MICA
4 x Rb.71 (Skyflash) atau Meteor
4 x Rb.75
2 x KEPD.350
4 x GBU-12 Paveway II bom panduan laser
4 x pod roket dengan roket 13.5 cm
2 x Rbs.15F peluru berpandu anti kapal
2 x Bk.90 bom berangkai
8 x Bom Mark 82
1 x ALQ-TLS pod ECM

08 November, 2009

Peluru berpandu Iran

BERITA mengenai Teheran yang berjaya melaksanakan ujian peluru berpandu seketika dulu sebenarnya tidak mengejutkan kerana sejak kebelakangan ini Iran begitu aktif dengan aktiviti pembaikan sistem peluru berpandu yang dimiliki. Peluru berpandu terbaru Iran yang dinamakan Sajil dikatakan mampu mensasar jarak sehingga 1,900 kilometer.

Pada waktu yang sama India juga melakukan ujian peluru berpandu balistik jarak sederhana K-15 yang dilancarkan dari kapal selam. K-15 dikatakan mampu bergerak sehingga 700 kilometer jauhnya. Tidak ada yang menarik mengenai ujian terbaru New Delhi kerana sebelum ini K-15 telah pun di uji tetapi menggunakan pelancar yang berbeza. Tiada pihak yang berasa teruja dengan kemampuan K-15 kerana New Delhi sudah pun mempunyai peluru berpandu Agni-3 yang mempunyai jarak sasaran empat kali lebih jauh dari K-15.

Begitu juga dengan peluru berpandu Sajil, sebenarnya tiada apa yang menarik kerana Teheran telah pun mempunyai Shahab-3 yang mampu bergerak lebih jauh dari Sajil. Ujian terhadap Shahab-3 yang dilakukan pada Julai lepas membuktikan bahawa peluru berpandu tersebut mampu mencapai jarak melebihi 2,000 kilometer jauhnya.

Tetapi agak menghairankan banyak pihak yang berasa agak teruja dengan ujian Sajil. Memang tidak dapat dinafikan kejayaan ujian Sajil adalah sesuatu yang baru kerana peluru berpandu tersebut menggunakan sistem penggerak bahan bakar yang berlainan dengan Shahab-3. Sajil walaupun dikatakan tidak mampu mencapai jarak sejauh Shahab-3, tetapi pergerakannya adalah lebih pantas dan capaian sasaran dapat dilakukan dengan lebih jitu.

Washington umpamanya telah dilihat cuba mengambil kesempatan dari kejayaan Sajil dengan mengaitkan dengan isu pembangunan nuklear Iran. Walaupun telah berkali-kali dinafikan oleh Teheran, Washington memberi andaian bahawa kemajuan peluru berpandu Teheran tersebut jelas mempamerkan niat Republik Islam tersebut untuk memperlengkapkan peledak nuklear terhadap peluru berpandu Iran.

Walaupun tiada bukti nyata yang menjerumus niat Teheran untuk membangunkan nuklear sehingga mencapai tahap pemerosesan uranium gred senjata, tetapi Washington tetap dengan andaian yang sukar dibuktikan. Tetapi agak pelik juga, New Delhi yang secara jelas membangunkan keupayaan nuklear mereka untuk tujuan ketenteraan, tetapi tidak menerima sebarang tentangan dari Washington setiap kali India melakukan ujian peluru berpandu.

Begitu mudah sekali Washington menggunakan kejayaan Sajil untuk menyakinkan Moscow mengapa perlu sistem perisai peluru berpandu ditempatkan di Poland dan Republik Czech. Adalah baik diungkitkan kembali isu penempatan sistem perisai tersebut mendapat tentangan yang hebat dari Moscow kerana Kremlin berpendapat sistem tersebut sebenarnya bertujuan mengekang kemampuan peluru berpandu milik Rusia. Dalil ancaman Teheran, mengikut Moscow hanya sengaja diadakan untuk menutup agenda sebenar Washington.

04 November, 2009

Terkenang semasa dulu...

Seminggu dua ini cuaca di Ipoh kurang baik sikit. Pagi atau petang selalu hujan dan kerana itu aku telah mengalami fenomena suhu badan naik mendadak dan turun macam cikadak. Senang cerita sidikit demam. Oleh kerana demam juga 'nafsu mengidam' aku sering menjadi-jadi mengalahkan bini dan kali ini aku teringin benar memakan capati. Menyusuri jalan Lapangan Terbang ke Medan Gopeng, terpandang aku masjid yang penuh dengan nostalgia pada tahun 1990. Setiap jumaat, di masjid inilah tempat kami (rekrut intake 13) beramai-ramai menunaikan solat Jumaat. Disebabkan dari awal subuh menjalani senaman perang yang menggila, maka kami amat keletihan. Langkah ke masjid semakin laju kerana mencari sesuatu yang berwarna kuning dan amat lazat iaitu PISANG!. Maka pisanglah yang menjadi mangsa keganasan kami di masjid tersebut. Yang menyimpan di dalam baju pun ada... Bila time solat, ada yang berdiri tak rukuk-rukuk...yang sujud tak bangun-bangun pun ada...ahhh..aku 'mengidam' ni.."mamak, capati kuah sardin satu"...

20 Oktober, 2009

Making of a Sukhoi Su-30 Flanker

Jom kita tengok bagaimana Sukhoi dibina dari awal hingga ke ujian penerbangan

11 Oktober, 2009

Singapore Airforce Asset

Angkatan Udara Republik Singapura telah ditubuhkan pada 1 April 1975 dan berperanan untuk mempertahankan ruang udara republik tersebut. Keanggotaan pasukan lebih kurang 13, 500 anggota dan mempunyai lebih 300 buah pesawat. Berikut adalah aset RSAF berdasarkan Jenis Pesawat-Negara Pengeluar-Fungsi-Jumlah Pesawat-Program. (Klik imej untuk lebih jelas)


25 September, 2009

Pesawat Pejuang - Rafale

Merujuk berita pada hari ini (25-09-2009) - Dua buah jet pejuang Rafale yang sedang dalam penerbangan ujian dari kapal pengangkut Charles de Gaulle Perancis terhempas di Laut Mediterranean. Berikut adalah sedikit info tentang pesawat tersebut. Pesawat Dassault Rafale adalah sebuah pesawat pejuang pelbagai peranan (multi-role) generasi ke-4.5 tahun yang direka dan dibina oleh Dassault Aviation, Perancis. Konsepnya lebih kurang sama dengan Eurofighter Typoon. Digunakan secara meluas oleh Tentera Udara dan Laut Perancis. Pembinaan asalnya bermula pada tahun 1970-an. Penerbangan sulung telah dilakukan pada 4 Julai 1986 dan mula diperkenalkan pada 4 Disember 2000. Berbagai versi telah dikeluarkan yang mana protoaip Rafale A dikeluarkan pada akhir tahun 1985 dan telah dihentikan sekarang. Selainnya versi B (Biplace- 2 tempat duduk)), C (Chasseur- kerusi tunggal), D (discret- diam-diam) dan M (Marine- mirip versi C) dan N (awalnya disebut Rafale BM). Kos seunit pesawat ini pada tahun 2008 ialah lebih kurang US $82.3 juta bagi Versi C manakalan Versi M ialah US $90.5 juta. Bagi versi C, ianya digunakan oleh Tentera Udara Perancis manakala versi M oleh Tentera Laut. Ringkasan spesifikasi: Krew: 1-2 orang, panjang: 15.27m, Lebar sayap 10.80m, Tinggi 5.34m, kelajuan maksima: 2 Mach, jarak penerbangan +3, 700 km, Persenjataan: 1 x 30mm (1.18 in) dengan 125 butir peluru meriam 719B, misil udara ke udara (MICA IR. AIM-9 sidewinder, AIM-132 ASRAAM, AIM-120 AMRAAM, Magic ll) Udara ke bumi (MBDA Apache/Scalp EG/AASM/GBU-12 Paveway/AM 39 Exocet/ ASMP- rudal nuklear. Enjin General Electric F404-GE-400.

19 September, 2009

Salam Aidilfitri 1430h

Kepada pengunjung,sahabat, rakan blogger, intake 13 RMAF members dan follower blog perwiraangkasa..

Ramadhan kini makin di hujung pintu, Jika Allah berkehendak Insya Allah kita kan menemui Ramadhan penuh barokah.Semoga Gelar taqwa Insya Allah akan menjadi milik kita yang berharga sebagai modal langkah kita selanjutnya. Salah faham, kesedihan, ego, sakti, adalah proses dari kehidupan kita

Tapi Allah membuatnya dengan sangat sempurna, tidak ada yang sia - sia dari apa yang sudah Allah kemas dengan baik dalam bingkai rumah kehidupan kita. Tidak ada yang lebih mulia pada hari dimana semua malaikat memanjatkan doa, dimana tidak ada kegiatan baik yang tidak dilipat gandakan amalannya oleh Allah.

Dengan segala kekurangan dan kerendahan hati serta keikhlasan dengan semua kekhilafan dan kelalaian yang pernah saya lakukan baik secara langsung maupun lewat dunia maya, Jauh di dalam hati yang senantiasa di dalam genggaman Allah,

" Marhabban Ya Ramadhan,
&
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Mohon Maaf Zahir dan Batin. "

10 September, 2009

'Ganyang Malaysia' pada fikiran aku...


Kali ni aku nak menulis sikit sebab semalam aku tertelan garam dan garam tu telah menyeksakan aku hingga aku terasa sedikit geram...Bab kali ni aku nak luahkan cerita tentang akhir-akhir ini media cetak dan elektronik menyentuh tentang hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia terjejas ekoran berbagai isu dari Pulau Sipadan, Blok Ambalat, Batik, Lagu Negaraku, dan yang terbaru tarian pendet.Aku rasa media di sana suka sangat memprovokasikan segala macam isu jika melibatkan Malaysia. Remeh!. Aku pun tak tahu sangat tarian menatang apa ni. Aku 'search' dalam Wikipedia tarian ni melambangkan penyambutan atas turunnya dewata ke alam dunia. Hebat bukan!. Senang cerita aku cakap persembahan dalam bentuk tarian upacara. Tak paham jugak? Susah jugak aku nak jelaskan kecuali dalam bahasa ibunda aku 'dok tahu gapo satu'!.

Sensasinya berita ni sampai rakyat dia orang dah keluarkan 'slogan haram bejadah 'GANYANG MALAYSIA'. Apa tu Ganyang?..Serang? Musnahkan?...fuhh! ganas lagi bunyinya pak!. Perlu diingat, kita ni dah banyak sangat membantu dia orang terutama masa Tsunami di Acheh dulu. Derma pakaian, makanan, duit dan macam-macam lagi. Sampai aku sendiri pun kena 3 hari dok asingkan pakaian dan kelengkapan lain masa di K.L dulu semata-mata hendak memberi yang terbaik kat dia orang. Membantu katakan...Aku bukannya nak mengungkit sangat tapi dia orang ni tak sedar ke dengan bantuan dari Kerajaan kita. Cuba kita kira berapa ramai Indon (boleh ke aku panggil Indon?..) bekerja tempat kita. Dari pelbagai sektor ada je muka dia orang. Jiran aku dulu pun pekerjanya Indon. Kat pasar Keramat, aku rasa dah macam aku ni di'ghaib'kan di tanah Jawa. Yang terbaru pulak dia orang nak mintak naikkan gaji kepada $800. Munasabah ke? Petang tadi aku tengok iklan kerja kosong di sebuah pasar raya - pekeja diperlukan. Perempuan gaji $500, Lelaki $550. Itu rakyat kita sendiri termasuk overtime!!!. Cisss!! Demand lebih pulak.

Bukan aku nak laga-lagakan mana-mana negara. Jangan salah sangka semua bangsa dalam dunia termasuk aku dan yang baca artikel ni datang dari mana? Asalnya tiada budaya tetapi peredaran masa dan budaya yang dihijrah. Bila aku selidik di internet, Wayang Kulit ada di Turki, India dan Thailand (aku suka guna nama Siam), Kuda Kepang asalnya dari tanah besar Arab…Jahpin dari Arab….manakala Keris telah lama wujud di seluruh Nusantara dari Tanah Arab…Benda-benda ni bukannya dari dia orang. Yang dok sibuk kilat sambar menyambar ditambah dengan ribut aku sendiri pun tak paham. Tanya diri kembali adakah dangdut itu asal dari Indonesia atau Irama Hindustani yang dicuri ketika tahun akhir 60an waktu filem hindustani top zamannya di Malaysia dan Indonesia. Semua ni pengaruh budaya la...Turki, Arab, India tak ada pun nak bising-bising...Kalau tak silap aku, statistik jenayah kat Malaysia ni 70% datangnya dari warga Indonesia. tapi tak ada pulak kita nak huru-harakan rakyat dia orang. Ahhh...malas aku nak cakap lebih-lebih, aku dah menyampah! Itu belum aku sentuh bab bakar bendera kita...hati aku ni macam dicincang-cincang...pedih!. Apa pun seminggu dua ni aku memekakkan telinga, memejamkan mata tak nak dengar radio dan TV sebab banyak sangat bahasa Indon...bercakap jangan ikut emosi...sekali lagi aku nak ingatkan, bukan aku nak laga-lagakan mana-mana negara. Yang terbaik cuba bawa berbincang apa yang tak kena...Lu fikirlah sendiri....

07 September, 2009

Carta Kelahiran Kuno

Bagi mereka yang teringin untuk mendapatkan anak lelaki/perempuan, apa kata cuba untuk membuat perancangan seperti jadual di bawah. Carta kelahiran ini aku salin semula dari majalah wanita beberapa tahun lalu dan aku pun dah lupa keluaran bila. Seingat aku carta ini 90% tepat! Mudah saja untuk menghitungnya. Lihat Carta di bawah (P- Perempuan L- Lelaki). Contoh: Jika isteri anda sekarang berumur 29 tahun, dan dijangka bersalin pada bulan Nov, kemungkinan besar anda akan menimang cahayamata perempuan. Jadi untuk mendapatkan anak lelaki, pandai-pandailah 'bersama' isteri anda dan membuat perancangan agar isteri anda bersalin antara bulan Mei - Sept kerana bulan tersebut kemungkinan besar untuk mendapatkan anak lelaki adalah lebih cerah. Untuk pengetahuan pembaca semua, secara kebetulan jadual di bawah tepat bagi kesemua anakku. Jangan terlalu percaya sangat kerana semua urusan dari yang Maha Esa. Klik imej untuk lebih jelas.

02 September, 2009

Proton Exora - Prime

Nampak ganazzz dan cun sikit. Rasa berkenan jugak..Lagi gambar lihat di sini