09 November, 2011

'Facebook' Google

Google telah menyediakan fan page seperti facebook di Google+ (lihat sudut atas kiri bar). Aku pun dah registered dan sudah mencuba beberapa fungsinya dan ternyata ianya lebih kurang sama dengan facebook.
Untuk anda mendapatkannya pula mudah. Pastikan anda sudah mempunyai akaun Google+. Pergi ke halaman mencipta akaun dan pilih kategori anda. Kemudian isikan maklumat dan cipta akaun. Anda kini boleh mengubah page tersebut mengikut kehendak anda.


Telefon Konsep Nokia?

Canggih! Telefon pintar konsep baru ini diberi nama Nokia HumanForm ataupun Nokia Twist. Ianya fleksibel. Lihat Gambar dan video dibawah :

08 November, 2011

Fikirkanlah wahai bangsa dan agamaku...

Tuntuan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos  2001


1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.



Siapa terlibat?...sumber di sini

02 November, 2011

Terima kasih Air force

Terima kasih TUDM. Itu adalah ungkapan yang mampu ku luahkan. Sepanjang perkhidmatan ku selama 22 tahun dan akan menamatkannya pada Julai 2012 berbagai pengalaman telah ku lalui sepanjang perkhidmatanku. Mengajar aku erti kehidupan sebenar, mengajar aku erti ketabahan dan membentuk diriku mejadi seorang yang sempurna dalam kehidupanku. Allah telah menentukan segalanya sehingga aku berdiri segagah ini...terima kasih segalanya...

15 Julai, 2011

Gila game dengan Angry Birds Rio

Entah camana sekarang ni jiwa aku dah 'terpesong' dengan game Angry Birds. Selama ini aku tak pernah pun minat dengan game. Sejak 'gatal-gatal' mencuba game ni aku semakin galak pulak dengan mende alah ni. Kepada yang berminat sila download di sini. Lepas dah download extract...buka folder yg dah extract tu, klik kat angrybird installer.exe
1.install sampai habis..dah finish unmark launch angrybird now
2 buka folder patch,klik patch,pastu keluar menu klik patch
3 browse ke c - program files - rovio - angry bird rio - double klik kat angry bird rio.exe
4.buka application angry bird tu register key ni THET-ALEV-LEFR-USWO

Dengar Radio Malaysia di PC

Boring? apa kata anda hilangkan rasa bosan anda dengan mendengar radio Malaysia. Berbagai saluran disediakan untuk anda. Sila download di sini.

07 Julai, 2011

Setting 3G pada ePAD Android (Part ll)

Beberapa e-mel telah diterima berkaitan dengan setting 3g pada e-pad. Ramai pengguna tidak dapat mengakses internet terutamanya pengguna celcom. Apa yang dapat saya kongsi ialah bagi pengguna celcom cara paling mudah ialah anda lihat pada tool (explore sikit) semasa anda 'connect' broadband pada pc/laptop. Anda boleh lihat status di dalam tool berkaitan sambungan seperti profil management, network atau lain-lain. Kebiasaanya pada ruangan name anda masukkan celcom3g manakala APN: *99#. Bagi pengguna maxis pula sila sambungkan juga broadband anda ke pc terlebih dahulu. Lihat pada paparan maxis broadband dan anda pergi ke Tool>option>profil management. Di situ anda akan dapati tertera profil name (jika name: maxis pastikan pd name Add 3g network epad anda masukkan maxis juga), APN, Name dan juga password. Biasanya anda masukkan password: wap. Pastikan juga di dalam option terpapar Pin Operation dlm keadaan Enable...Saya juga telah mencuba broadband maxis yang baru iaitu dari model E1552. Tiada masalah dan boleh melayari internet seperti biasa.

03 Jun, 2011

Kuasa Besar Tentera

1. CHINA
Active Troop: 2,285,000
Reserve: 510,000
Paramilitary: 660,000
Total: 3,455,000

2. UNITED STATES
Active Troop: 1,580,225
Reserve: 864,547
Paramilitary: 11,035
Total: 2,455,837

3. INDIA
Active Troop: 1,325,000
Reserve: 2,142,821
Paramilitary: 11,035
Total: 2,455,837

4. NORTH KOREA
Active Troop: 1,106,000
Reserve: 8,200,000
Paramilitary: 1,89,000
Total: 9,495,000

5. RUSSIA
Active Troop: 1,027,000
Reserve: 20,000,000
Paramilitary: 449,000
Total: 21,476,000

6. SOUTH KOREA
Active Troop: 687,000
Reserve: 8,000,000
Paramilitary: 4,500,000
Total: 8,691,5000

7. PAKISTAN
Active Troop: 617,000
Reserve: 513,000
Paramilitary: 304,000
Total: 1,434,000

8. IRAN
Active Troop: 523,000
Reserve: 1,800,000
Paramilitary: 510,000
Total: 2,833,000

9. TURKI
Active Troop: 510,600
Reserve: 428,700
Paramilitray: 102,200
Total: 1,041,500

10. VIETNAM
Active Troop: 455,000
Reserve:5,000,000
Paramilitary: 40,000
Total: 5,495,000

24 April, 2011

Setting 3G pada ePAD Android



Baru-baru ini aku membeli ePAD Android (maklumlah tengah explore android) bagi membuat tugasan sampingan terutama apabila out-station. Harganya cukup murah! Macam juga iPAD atau Samsung Tab tetapi harganya cukup mahal. Pendek kata dalam lingkungan $1500 ke atas. Bagi yang masih mementingkan kualiti dan bajet yang rendah adalah disyorkan anda membeli e-pad. Berbagai model sekarang dijual dipasaran dengan prosecor yang lebih tinggi.

Pada kali ini aku ingin berkongsi dengan pengguna epad tentang cara-cara untuk setting 3G. Mungkin ramai yang bermasalah dengan penggunaan epad tersebut. Pertama sekali anda perlulah mencari modem broadband Huawei model e220/e230/e169x/e1750 samada maxis atau celcom. Tak kira jenama samada vodafone atau lain-lain. Yang penting tengok di belakang moden tersebut ada tertulis Huawei dengan model yang disebut tadi. Kebanyakan moden2 yang ada dipasaran dari jenis Huawei tetapi modelnya yang membezakannya.

Bagi aku pula telah menggunakan moden maxis broadband dgn model e220, vodafone K3565 pun ada tapi tak boleh support. Seterusnya anda pergi ke Setting>Wireless Controls>3g Network Setting>Add 3g Network. Masukkan Name: Maxis HSDPA, Phone: *99#, APN: maxisbb, User: maxis dan Password: wap. Tekan Connect. Anda akan lihat ikon 3g akan terpapar pada bahagian atas bar epad anda dan anda boleh melayari internet. Lihat gambar di atas. Sebarang masalah atau ingin berkongsi sila emel ke: anakbesut@gmail.com.

25 Disember, 2010

Nature Illusion Studio Pro

Nature Illusion Studio merupakan satu software yang memberi kesan khas ke atas gambar pemandangan atau percutian anda dan lain-lain. Ianya juga mampu melaksana pelbagai kesan seperti riak air, keadaan bercuaca atau kesan bunyi pada gambar dan meniru berbagai suasana fenomena alam. Dengan gabungan kedua-dua visual dan suara. Gambar tersebut akan menghasilkan kesan yang lebih realistik dengan animasi seperti air terjun, tasik atau laut. Anda juga boleh menyimpan fail tersebut dalam format Screensaver, .exe, animasi gif atau avi dan berkongsi dengan rakan-rakan anda samada melalui facebook atau mempublikasikan di website dan lain-lain. Perlu diingat, bagi kesan khas seperti audio, format yang digunakan adalah dalam bentuk wav. Download di sini untuk untuk mendapatkannya. Sila daftar bagi memudahkan kerja anda. Pergi ke help dan daftarkannya (Name: MICROSOFT /Registered Key: 0JGCFZ-PEG6MF-PP4UEX-52R29Q). Selamat mencuba! - Maaf, gaya bahasa kurang menarik kerana telah dialih bahasa oleh penulis.

21 Disember, 2010

Windows Movie Maker



Jika anda pengguna Windows XP pastinya anda terlihat satu program iaitu Windows Movie Maker. Anda akan dapat mengolah hasil gambar video mahupun gambar statik menjadi sebuah video yang menarik dan interaktif. Aplikasi Windows Movie maker ini telah tersedia di dalam program Windows XP. Jadi anda tidak perlu menginstall program pengolah video/editing video seperti adobe premier, Ulead Studio, Pineacle dan lainnya kerana ini akan membebankan pc anda. Sebagai permulaan aplikasi ini cukup memadai dan ringkas hasil olahannya. Bergantung kepada anda untuk membuatnya dan memanfaatkan menu-menu yang ada diaplikasi ini.

Berikut adalah area kerja Windows movie maker yang terdiri dari :

1. Capture Video- Capture From Video device : untuk menyalin video dari video kamera atau kamera biasa.
- Import Video : import video dari dari harddisk- Import Pictures : import gambar dari harddisk
- Import Video or Music : memasukkan musik

2. Edit Movie
- Show collection
- View Video effects- View Video transitions
- Make and auto movie

3. Finish movie :
- Save to my computer
- Save to cd- Send e-mail
- Send to the web
- Send to DV Camera
4. Storyboard / Timeline : merupakan area kerja untuk melakukan proses membuat klip video
5. Area tempat file-file hasil import baik Picture, video maupun audio/music.
6. Preview dari file video yang sedang kita kerjakan.

Jika andat video sendiri maka PC yanganda, minima kuasa pc anda seperti berikut:

1. RAM minimal 512 MB atau lebih2. Hardisk minimun memil
iki ruang kosong 20 GB
3. VGA card luaran, karena pada VGA internal hasilnya kurang baik.
4. Semasa membuat video dengan Windows Movie Maker , sebaiknya tutup semua aplikasi lain.

Sekarang anda cuba mengimport file-file video dan file gambar kedalam area seperti 4 keping gambar di atas.

- Lakukan drag ke area story board/timelin
e satu persatu file-file tersebut.
- Sekarang kita akan mulai melakukan penggabungan file-file tadi. Kita akan membuat video transisi, dimana perpindahan antara video yang satu ke video lainnya menggunakan efek transisi. Sila klik View Video transitions pada menu nombor 2. Edit Movie.
- Pilih berbagai pilihan video transisi dengan cara melakukan drag menuju story board. Untuk melihat preview dari masing-masing effect video transisi anda lakukan dengan klik menu play di skrin berwarna hitam . Ada banyak pilihan menu transisi yang boleh anda pilih seperti gambar di atas. Pilih mengikut kreativiti/ kesukaan anda.

- Kemudian anda tambahkan pula video efek kedalam file-file video dan gambar anda tadi dengan klik view video effects pada menu 2. Edit Movie (pada gambar dilihat seperti gambar bintang pada area storyboard).
- Sekarang untuk membuat video anda perlu mempunyai suara latar/soundbackground, anda perlu memasukkan file mp3 atau musik ke dalam storyboard dengan cara import audio atau muzik pada menu 1. Capture Video

- Drag file muzik /mp3 ke dalam area storyboard/timeline. Pada gambar dia tas story board sudah berubah menjadi area timeline , mengubahnya dengan cara klik tulisan show timeline.
- Anda juga boleh mengatur volume suara dari muzik mp3 menjadi lebih kecil atau lebih besar dari pada suara yang dihasilkan video. Caranya dengan klik menu tools – pilih audio levels

- Untuk membuat judul dan teks pada video anda bperlu klik menu Make titles or credits pada Menu (2). Edit Movie.. sila klik judul atau teks pada area yang tersedia. Anda juga boleh mengatur jenis huruf, warna text, dan animasi munculnya tulisan tersebut. Ada beberapa pilihan untuk membuat text pada video iaitu :
1. Title at the beginning ; text diletakkan sebelum file video yang pertama, sepadan untuk meletakkan teks judul video
2. Title before the selectif clip; tesks diletakkan sebelum klip yang dipilih
3. Title on the selectif clip; teks diletakkan pada clip yang dipilih
4. Credits at the end; text sebagai penutup.

Selamat Mencuba. - One Maliki


30 November, 2010

Gambaran Akhirat

* Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi