11 April, 2012

Halusi Gambar dengan ARCSOFT Perfect365

Dengan hanya satu klik, anda akan dapat merubah wajah seseorang dengan sentuhan halus melalui perisian Arcsoft Perfect365. Dilengkapi template sedia ada dan amat mudah menggunakannya serta menyeronokkan. Dari kehalusan wajah, kening, mata, bibir, gigi serta senyuman dapat menyerlahkan kecantikan gambar tersebut walaupun dari sudut gambar yang berkaca mata sekalipun. Sila download perisian tersebut di sini : Pilih slow speed download (percuma). Tunggu masa yang ditetapkan > masukkan code. Saiz fail 28.08Mb.

02 April, 2012

Missing document & folder become shortcut.

 Kepada sesiapa yang sering menghadapi masalah seperti di atas. Copy text di bawah ini dan paste ke dalam notepad. Simpan sebagai reset.bat Seterusnya salin fail tersebut ke dalam pen drive atau external hard disk. Double click fail tersebut dan tunggu hingga selesai. Pastikan anda tidak simpan sebarang program kegemaran anda di root directory kerana ianya akan dipadam. Begitu juga dengan fail bernama autorun.inf. Ianya akan dipadam.

attrib -r -s -h -a *.* /s /d
del autorun.inf
del *.lnk
del *.exe

31 Mac, 2012

Gadjet - Asus Padfone

Ini adalah smartfon terbaru Android yang ‘transform’ ke tablet nipis. Asus Padfon, akan dilancarkan pada Feb 2012 setelah diperkenalkan pertama kali pada Oktober 2011, harga Asus Padfone di Malaysia masih lagi misteri dan dijangka akan tiba pada May 2012. Ia adalah gabungan smartfon Android 4 Ice Cream Sandwich dengan tablet. Keunikan teknologi Asus Padfone kelihatan pada ciri gabungan smartfon Android dengan tablet di mana smartfon tersebut akan dimasukkan ke sebuah slot khas di bahagian belakang tablet, apabila tablet dihidupkan, skrin tablet itu memaparkan kandungan data yang sama di dalam memori telefon, bahkan boleh menghantar sms!.Hebat!
 Idea pada peranti ini adalah menggabungkan dua alat jadi satu di mana kedua-duanya berkongsi memori, sistem operasi, setting dan keupayaan membuat sambungan ke internet yang sama. Ini teknologi baru, bahkan ideanya lain dari teknologi pada Samsung Galaxy Note yang kini dipanggil sebagai telefon hybrid gabungan ciri tablet dicampur smartfon. Senang cakap, bayangkan saja iPhone 4S Anda boleh dimasukkan ke dalam iPad 2, kemudian boleh buat panggilan, menghantar sms, tangkap gambar, rakam video atau menghantar mms hanya dari iPad. Begitulah Asus Padfone.

Satu lagi, penutup slot yang memuatkan smartfon itu berisiko untuk patah terutama apabila dimasukkan mahupun dikeluarkan dengan kelam-kabut. Pasti tablet itu tidak berguna apabila smartfon tidak ada dimasukkan ke dalamnya, sekilas pandang kita sudah nampak kedua-duanya tidak dapat digunakan berasingan. Andai kata tablet boleh dihidupkan secara berasingan pun, pasti ia kosong kerana smartfon bertindak sebagai ‘otak’ kepada tablet tersebut.

Mengenai spesifikasi hardwarenya, Asus Padfone memiliki skrin dengan saiz 4.3 inci, manakala tabletnya pula bersaiz 10.1 inci, prosesor dari jenis Dual Core 1.5GHz  Krait CPU dengan chipset Qualcomm Snapdragon S4. RAM sebanyak 1GB, kamera belakang berkapasiti 5 megapiksel dan ruang storan untuk kad MicroSD sehingga 32G.

02 Disember, 2011

Hilang atau ter'delete' file sengaja tak sengaja?


Undelete 360 adalah satu perisian yang terbaik untuk memulihkan fail yang sengaja dipadamkan dari komputer anda. Ianya dibuat secara cekap bagi mengimbas, mencari dan mendapatkan semula fail yang hilang disebabkan oleh faktor berbeza seperti virus, perisian dan kegagalan komputer. Ia juga boleh memulihkan fail yang dipadam dari pc anda, pemacu USB, alatan kamera, pen drive, kad memori dan lain-lain. Menggunakan Undelete 360, boleh mengembalikan fail dari Cakera Keras, Kamera digital, floppy drive atau USB.


Sila download di sini. Tekan 'regular download'.

Gaji baru tentera?

'Radio Karat'? Sumber ni aku dapat dari facebook seorang anggota tentera dan tidak pasti samada benar atau tidak. Hanya sebagai rujukan...


pw1 band 3, p1t1 = 3290 p1t15 = 5810 kenaikan tahunan 180
pw1 band 4, p1t1 = 3390 p1t15 = 5915 kenaikan tahunan 180
pw1 band 5, p1t1 = 3500 p1t15 = 6020 kenaikan tahunan 180

pw2 band 3, p1t1 = 2695 p1t16 = 5245 kenaikan tahunan 170
pw2 band 4, p1t1 = 2790 p1t16 = 5340 kenaikan tahunan 170
pw2 band 5, p1t1 = 2885 p1t16 = 5435 kenaikan tahunan 170

ssjn band 3, p1t1 = 2015 p1t18 = 4735 kenaikan tahunan 160
ssjn band 4, p1t1 = 2100 p1t18 = 4820 kenaikan tahunan 160
ssjn band 5, p1t1 = 2185 p1t18 = 4905 kenaikan tahunan 160

sjn band 3, p1t1 = 1645 p1t20 = 4420 kenaikan tahunan 145
sjn band 4, p1t1 = 1720 p1t20 = 4495 kenaikan tahunan 145
sjn band 5, p1t1 = 1795 p1t20 = 4570 kenaikan tahunan 145

09 November, 2011

'Facebook' Google

Google telah menyediakan fan page seperti facebook di Google+ (lihat sudut atas kiri bar). Aku pun dah registered dan sudah mencuba beberapa fungsinya dan ternyata ianya lebih kurang sama dengan facebook.
Untuk anda mendapatkannya pula mudah. Pastikan anda sudah mempunyai akaun Google+. Pergi ke halaman mencipta akaun dan pilih kategori anda. Kemudian isikan maklumat dan cipta akaun. Anda kini boleh mengubah page tersebut mengikut kehendak anda.


Telefon Konsep Nokia?

Canggih! Telefon pintar konsep baru ini diberi nama Nokia HumanForm ataupun Nokia Twist. Ianya fleksibel. Lihat Gambar dan video dibawah :

08 November, 2011

Fikirkanlah wahai bangsa dan agamaku...

Tuntuan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos  2001


1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.



Siapa terlibat?...sumber di sini

02 November, 2011

Terima kasih Air force

Terima kasih TUDM. Itu adalah ungkapan yang mampu ku luahkan. Sepanjang perkhidmatan ku selama 22 tahun dan akan menamatkannya pada Julai 2012 berbagai pengalaman telah ku lalui sepanjang perkhidmatanku. Mengajar aku erti kehidupan sebenar, mengajar aku erti ketabahan dan membentuk diriku mejadi seorang yang sempurna dalam kehidupanku. Allah telah menentukan segalanya sehingga aku berdiri segagah ini...terima kasih segalanya...

15 Julai, 2011

Gila game dengan Angry Birds Rio

Entah camana sekarang ni jiwa aku dah 'terpesong' dengan game Angry Birds. Selama ini aku tak pernah pun minat dengan game. Sejak 'gatal-gatal' mencuba game ni aku semakin galak pulak dengan mende alah ni. Kepada yang berminat sila download di sini. Lepas dah download extract...buka folder yg dah extract tu, klik kat angrybird installer.exe
1.install sampai habis..dah finish unmark launch angrybird now
2 buka folder patch,klik patch,pastu keluar menu klik patch
3 browse ke c - program files - rovio - angry bird rio - double klik kat angry bird rio.exe
4.buka application angry bird tu register key ni THET-ALEV-LEFR-USWO

Dengar Radio Malaysia di PC

Boring? apa kata anda hilangkan rasa bosan anda dengan mendengar radio Malaysia. Berbagai saluran disediakan untuk anda. Sila download di sini.

07 Julai, 2011

Setting 3G pada ePAD Android (Part ll)

Beberapa e-mel telah diterima berkaitan dengan setting 3g pada e-pad. Ramai pengguna tidak dapat mengakses internet terutamanya pengguna celcom. Apa yang dapat saya kongsi ialah bagi pengguna celcom cara paling mudah ialah anda lihat pada tool (explore sikit) semasa anda 'connect' broadband pada pc/laptop. Anda boleh lihat status di dalam tool berkaitan sambungan seperti profil management, network atau lain-lain. Kebiasaanya pada ruangan name anda masukkan celcom3g manakala APN: *99#. Bagi pengguna maxis pula sila sambungkan juga broadband anda ke pc terlebih dahulu. Lihat pada paparan maxis broadband dan anda pergi ke Tool>option>profil management. Di situ anda akan dapati tertera profil name (jika name: maxis pastikan pd name Add 3g network epad anda masukkan maxis juga), APN, Name dan juga password. Biasanya anda masukkan password: wap. Pastikan juga di dalam option terpapar Pin Operation dlm keadaan Enable...Saya juga telah mencuba broadband maxis yang baru iaitu dari model E1552. Tiada masalah dan boleh melayari internet seperti biasa.