07 Julai, 2011

Setting 3G pada ePAD Android (Part ll)

Beberapa e-mel telah diterima berkaitan dengan setting 3g pada e-pad. Ramai pengguna tidak dapat mengakses internet terutamanya pengguna celcom. Apa yang dapat saya kongsi ialah bagi pengguna celcom cara paling mudah ialah anda lihat pada tool (explore sikit) semasa anda 'connect' broadband pada pc/laptop. Anda boleh lihat status di dalam tool berkaitan sambungan seperti profil management, network atau lain-lain. Kebiasaanya pada ruangan name anda masukkan celcom3g manakala APN: *99#. Bagi pengguna maxis pula sila sambungkan juga broadband anda ke pc terlebih dahulu. Lihat pada paparan maxis broadband dan anda pergi ke Tool>option>profil management. Di situ anda akan dapati tertera profil name (jika name: maxis pastikan pd name Add 3g network epad anda masukkan maxis juga), APN, Name dan juga password. Biasanya anda masukkan password: wap. Pastikan juga di dalam option terpapar Pin Operation dlm keadaan Enable...Saya juga telah mencuba broadband maxis yang baru iaitu dari model E1552. Tiada masalah dan boleh melayari internet seperti biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cadangan/komen: