16 Disember, 2009

Pesawat Pelbagai Fungsi - JAS 39 Gripen

Saab JAS 39 "Gripen" (Griffin atau "Gryphon") merupakan pesawat pejuang generasi 4.5 yang dihasilkan oleh syarikat aeroangkasa Sweden, Saab. Ianya juga merupakan pesawat pejuang pelbagai fungsi (MRCA) atau pesawat swing-role yang dapat menyempurnakan setiap jenis tugasan.

Istilah swing-role digunakan pada pesawat kelas ringan adalah bagi menggambarkan keupayaan JAS 39 gripen untuk menyempurnakan pelbagai misi tanpa mengubah peralatan perisian atau perkakasan. Bagi tujuan pemasaran, menjual dan menyokong pesawat pejuang Gripen di seluruh dunia, kontraktor yang bertanggungjawab ialah Gripen International.

Antara negara-negara pengguna ialah Tentera Udara Sweden, Tentera Udara Czech dan Tentera Udara Hungary dan telah ditempah oleh Tentera Udara Afrika Selatan dan Tentera Udara Diraja Thailand. Tentera Udara Croatia telah mengumumkan rancangan untuk mengantikan pesawat MiG-21, berkemungkinan dengan pesawat JAS 39 Gripen atau F-16 Fighting Falcon. Dijangka sehingga 24 buah pesawat akan dipesan. Begitu juga dengan Tentera Udara Romania telah mengumumkan mereka akan mengantikan pesawat MiG-21 LanceR bermula pada tahun 2008, kemungkinan dengan JAS 39 Gripen atau Eurofighter Typhoon.
India telah menunjukkan minat untuk menilai pesawat Gripen untuk tender 126 buah pesawat pejuang pelbagai fungsi (MRCA. Negara-negara lain yang menunjukkan minat terhadap pesawat Gripen ialah Denmark, Norway, Bulgaria, Slovakia, Chile dan Brazil.
Kerjasama strategik diantara Saab Military Aircraft dan British Aerospace (sekarang BAE Systems) telah dimetarai dengan penubuhan syarikat usahasama Saab-BAe Gripen AB, bermatlamat untuk membangunkan pemasaran export Gripen di peringkat antarabangsa. Perjanjian ini akan menggunakan kelebihan pengalaman pemasaran BAE di peringkat global. Syarikat BAE merekabentuk dan memperbaiki sayap, yang akan dikeluarkan oleh BAE. BAE menghasilkan kira-kira 45% daripada kerangka pesawat udara untuk tujuan eksport.
BAE juga melihat Gripen sebagai produk saling melengkapi kepada pesawat masa kininya, seperti pesawat serangan ringan/latihan Hawk, Panavia Tornado dan pesawat pejuang Eurofighter Typhoon. Kerjasama ini dikembangkan lagi pada 2001 dengan penubuhan syarikat Gripen International, juga untuk tujuan yang sama. Pada Disember 2004, Saab dan BAE bersetuju bermula Januari 2005, Saab akan bertangungjawab penuh untuk memasarkan pesawat Gripen berikutan peningkatan pengalaman Saab dalam pemasaran export.
Pesawat Gripen adalah lebih fleksibel jika dibandingkan dengan pesawat kombat generasi awal yang digunakan oleh Sweden. Kos operasi Gripen adalah 2/3 daripada kos operasi bagi pesawat JA 37 Viggen. Kombinasi sayap delta dan sirip kecil memberi kelebihan dan keupayaan yang lebih baik kepada pesawat Gripen semasa berlepas dan mendarat serta ciri-ciri penerbangannya. Sistem avionik yang bersepadu sepenuhnya membuatkan ia sebuah pesawat yang boleh diprogram. Pesawat ini juga mempunyai sistem peperangan elektronik terbina dalam, menjadikan pesawat ini berupaya untuk membawa lebih kelengkapan persenjataan tanpa kehilangan keupayaan untuk mempertahankan diri.
Spesifikasi Gripen memerlukannya beroperasi dengan menggunakan landasan sepanjang 800 m. Salah satu ciri yang paling menarik adalah keupayaan pesawat Gripen untuk mendarat di atas jalan raya, yang mana ini merupakan sebahagian daripada strategi pertahanan Sweden. Semasa di darat, pesawat ini akan diisi bahan api dan dilengkapi senjata dalam masa 10 minit oleh 3 orang krew bergerak yang beroperasi dengan menggunakan trak. Setelah itu, pesawat ini akan berlepas dan menyambung tugasan.
Pesawat Gripen menggunakan radar moden jenis denyutan-doppler PS-05/A, dibangunkan oleh Ericsson dan GEC-Marconi, berdasarkan radar termaju Blue Vixen untuk pesawat Sea Harrier (juga memberi inspirasi kepada radar CAPTOR untuk pesawat Eurofighter). Radar ini berupaya untuk mengesan, mencari, mengenal pasti dan menjejak beberapa sasaran secara automatik dalam lingkungan atas dan bawah sama ada di permukaan, laut atau udara, dalam semua keadaan cuaca.
Spesifikasi (JAS 39)
Ciri umum
Anak kapal: 1 (2 pada JAS 39B/D)
Panjang: 14.1 m (46 kaki 3 in)
Rentang sayap: 8.4 m (27 kaki 7 in)
Tinggi: 4.5 m (14 kaki 9 in)
Sayap luas: 30.0 m² (323 kaki²)
Berat kosong: 5,700 kg (14,600 lb)
Berat berisi: 8,500 kg (18,700 lb)
Berat berlepas maksimum: 14,000 kg (31,000 lb)
Loji kuasa: 1× Volvo Aero RM12 turbin kipas pembakaran lanjut
Tujahan kering: 54 kN (12,100 lbf)
Tujahan dengan pembakar lanjut: 80.5 kN (18,100 lbf)
Trek roda: 2.4 m (7 kaki 10 in)
Panjang (2-tempat duduk): 14.8 m (48 kaki 5 in)
Prestasi
Kelajuan maksimum: Mach 2 (2,130 km/j, 1,320 bsj)
Jejari bertempur: 800 km (500 batu, 432 batu nautika)
Jarak maksimum: 3,200 km (2,000 batu) dengan tangki guguran
Lelangit khidmat 15,240 m (50,000 kaki)
Beban sayap: 336 kg/m² (68.8 lb/kaki²)
Tujahan/berat: 0.97
Persenjataan
1 × 27 mm meriam Mauser BK-27 dengan 120 butir peluru
6 × Rb.74 (AIM-9) atau Rb 98 (IRIS-T)
6 × Rb.99 (AIM-120) atau MICA
4 x Rb.71 (Skyflash) atau Meteor
4 x Rb.75
2 x KEPD.350
4 x GBU-12 Paveway II bom panduan laser
4 x pod roket dengan roket 13.5 cm
2 x Rbs.15F peluru berpandu anti kapal
2 x Bk.90 bom berangkai
8 x Bom Mark 82
1 x ALQ-TLS pod ECM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cadangan/komen: