24 April, 2011

Setting 3G pada ePAD Android



Baru-baru ini aku membeli ePAD Android (maklumlah tengah explore android) bagi membuat tugasan sampingan terutama apabila out-station. Harganya cukup murah! Macam juga iPAD atau Samsung Tab tetapi harganya cukup mahal. Pendek kata dalam lingkungan $1500 ke atas. Bagi yang masih mementingkan kualiti dan bajet yang rendah adalah disyorkan anda membeli e-pad. Berbagai model sekarang dijual dipasaran dengan prosecor yang lebih tinggi.

Pada kali ini aku ingin berkongsi dengan pengguna epad tentang cara-cara untuk setting 3G. Mungkin ramai yang bermasalah dengan penggunaan epad tersebut. Pertama sekali anda perlulah mencari modem broadband Huawei model e220/e230/e169x/e1750 samada maxis atau celcom. Tak kira jenama samada vodafone atau lain-lain. Yang penting tengok di belakang moden tersebut ada tertulis Huawei dengan model yang disebut tadi. Kebanyakan moden2 yang ada dipasaran dari jenis Huawei tetapi modelnya yang membezakannya.

Bagi aku pula telah menggunakan moden maxis broadband dgn model e220, vodafone K3565 pun ada tapi tak boleh support. Seterusnya anda pergi ke Setting>Wireless Controls>3g Network Setting>Add 3g Network. Masukkan Name: Maxis HSDPA, Phone: *99#, APN: maxisbb, User: maxis dan Password: wap. Tekan Connect. Anda akan lihat ikon 3g akan terpapar pada bahagian atas bar epad anda dan anda boleh melayari internet. Lihat gambar di atas. Sebarang masalah atau ingin berkongsi sila emel ke: anakbesut@gmail.com.

3 ulasan:

  1. salam. sy nak tanya kalau modem hua wei model e1550 boleh pakai tak? t kasih

    BalasPadam
  2. Aku dengar dari blogger, HTC HD boleh masukkan android.. betoiii ka? Mu dah try kebelum... cuba try, cuba try, cuba try...

    BalasPadam
  3. boleh..x ada masalah..

    BalasPadam

Cadangan/komen: